Limau Mandarin Terlebih Sulfur Dioksida Beri Kesan Lelah -KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di laman sosial berkaitan limau mandarin yang didakwa mengandungi sulfur dioksida.

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu. Ini termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin di mana sulfur dioksida dibenarkan pada kadar tidak melebihi 30 mg/kg.

limau

Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).  Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan.

Bagi melindungi pengguna yang sensitif kepada sulfur dioksida, di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan yang mengandungi makanan untuk jualan termasuk produk segar seperti limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10 mg/kg, suatu pernyataan “mengandungi sulfur dioksida” hendaklah dilabel pada bungkusan tersebut.  Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun.

Manakala di bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label. Dalam hal ini, sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan limau mandarin yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.

Hasil pemantauan sepanjang tahun 2015 hingga 2016 mendapati tiada limau mandarin yang dikesan mengandungi sulfur dioksida. Walau bagaimanapun, KKM akan meneruskan pemantauan ke atas limau mandarin yang dijual di pasaran bagi memastikan ianya selamat dimakan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Januari 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s