Viral Ada Hantu Di LPT2: Banyak Peniaga Dijangka Gulung Tikar

KEMAMAN: Peniaga-peniaga di hentian terbesar negara di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) mendakwa kerugian besar. Lokasinya yang agak terpencil didakwa diburukkan lagi dengan cerita hantu yang tersebar di media sosial.

Mernr-lpt2reka yang membuka kiosk di kawasan rehat dan rawat Perasing mengutip hasil jualan tidak sampai RM10 walaupun 24 jam berniaga, lapor akhbar Sinar Harian.

Dalam tinjauan akhbar itu, semua peniaga menafikan wujud gangguan misteri seperti tanggapan pengguna media sosial di kawasan berkenaan sejak berniaga mulai Mei 2015.

“Saya kerap tidur di kiosk ditemani suami dan anak-anak. Sepanjang tidur dan berniaga memang kami tidak pernah jumpa makhluk halus,” kata Nur Akmal Alias, 36, seorang peniaga keropok.

“Jadi tiada apa yang patut digeruni oleh orang ramai untuk singgah di sini.”

Jumlah aliran trafik di LPT2 pada hari biasa difahamkan kira-kira 300,000 sebulan dan meningkat lebih kurang 700,000 pada musim perayaan atau hujung minggu.

Terdapat 32 buah kiosk makanan dan minuman di hentian Perasing dekat sini dengan 300 buah kerusi, 44 buah tandas, surau besar dan taman permainan kanak-kanak. Namun hanya 16 kiosk yang beroperasi.

Namun kemudahan-kemudahan itu gagal menarik perhatian pengguna LPT2 ke hentian itu yang kedudukannya terpencil dan agak tersorok dari lebuh raya.

Peniaga minuman Nurul Hafizah Abdul Karim, 24, berkata keadaan ketika ini “sangat kritikal” kepada peniaga yang gagal memungut hasil jualan.

“Malah saya sendiri pernah peroleh RM2 saja sehari,” katanya kepada akhbar itu. “Kalau keadaan ini berterusan, memang kami akan gulung tikar.”

Peniaga produk bakeri Mohsin Mokhtar, 37, pula dilaporkan berkata beliau “amat gembira” jika berjaya meraih jualan RM100 sehari.

“Sekarang saya terpaksa guna duit dari perniagaan lain untuk terus berniaga di sini. Malahan sudah empat kiosk ditutup di sini,” katanya.

Napisah Mat Saman, 52, berkata jualan mereka masih tidak mencukupi walau sewa kiosk sudah diturunkan separuh.

“Duit hasil jualan ini hendak buat makan pun tidak lepas. Inikan pula kalau hendak buat bayar sewa RM530 sebulan.

“Patutnya sewa asal RM1,060 tapi pihak konsesi bagi diskaun separuh harga,” katanya. – Malaymail

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s