Hampir Pasti PRU-14 Berlaku Pertembungan Tiga Penjuru

HAMPIR pasti pertembungan tiga penjuru akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang di antara Barisan Basional (BN),Pakatan Harapan daan Pas.

Jika ini senarionya, manakalah parti politik yang mendapat manfaat daripada keadaan ini dan adakah memberi kelebihan kepada BN atau sebaliknya.

pas5

Dari segi akar umbi Pas, mereka lebih suka keadaan ini kerana memberi kemungkinan lebih banyak ahlinya dapat bertanding kerana sebelum ini mereka banyak berkorban, sedangkan parti pembangkang yang menang tidakpun berterima kasih kepadanya.

“Bukan sahaja tidak berterima kasih, sebahagiannya menggigit pula Pas dan sebahagian pula sanggup untuk menidakkan baiah yang dipersetujui sebelum ini, seolah-olah perkara itu tidak berlaku,” kata seorang aktivis Pas di Bandar Tun Razak.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Pakatan harapan gagal memujuk parti itu untuk bersama-sama menentang BN.

“Kita telah buat keputusan, masanya sudah tiba dan kita akan putuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU (PPBM) tak lama lagi,” kata Mahathir seperti dipetik Malaysiakini.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan bukan lagi berstatus “kemungkinan” sebaliknya ia sudah diputuskan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Bekas Perdana Penteri selama 22 tahun berkata, PPBM memberi lebih masa kepada Pas bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan serta berbincang.

Selepas PPBM menyatakan syarat yang dikehendaki, kata Dr Mahathir, Pas pula selepas sekian lama tidak memberi jawapan.

“Hasrat PPBM, jika Pas tak nak sertai Pakatan Harapan, PPBM akan berada dalama Pakatan Harapan. Kalau Pas tak nak, (biar) tak naklah,” katanya.

PUTRAJAYA 14 JULY 2016. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengadakan sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama parti-parti pembangkang bagi membincangkan penubuhan parti baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA 14 JULY 2016. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengadakan sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama parti-parti pembangkang bagi membincangkan penubuhan parti baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Pada masa sama Dr Mahathir mengulangi pandangan dikongsi hampir semua pembangkang, iaitu BN harus ditentang secara satu lawan satu pada PRU ke-14 nanti.

“Kalau boleh, kita mahu semua lima parti (pembangkang) berada dalam satu pakatan. Tetapi malangnya, Pas mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan.

“Pas kata tak akan bersama dalam satu gabungan yang ada DAP dan Amanah. Tapi, tak ada dua parti ini maknanya tak adalah kelima-lima parti yang menentang BN.

“Jadi PPBM sedang cuba untuk meyakinkan Pas supaya dengan adanya Pas dalam gabungan pembangkang, lebih besar kemungkinan untuk menang namun malangnya sampai hari ini tak dapat persetujuan walaupun ada beberapa perbincangan diadakan,” katanya.

Menurut beliau, perbincangan sebelum ini diadakan tanpa melibatkan pimpinan tertinggi Pas.

“Perbincangan cuma di peringkat bawahan saja, (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sama sekali tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan, dan hanya diwakili Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Datuk Mustafa Ali (Pengarah PAS pilihan raya).

“Mereka tidak menolak tapi dalam masa yang sama tidak juga menerima,” kata Mahathir.

hadi najib1

Pada Sabtu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, jika terdapat mana-mana parti pembangkang ingin bekerjasama, mereka perlu mengikut ‘cara’ partinya, bukan sebaliknya.
Keadaan perpecahan dalam Pakatan Harapan memberi harapan kepada BN untuk menyusun kekuatan, malah BN akan menjadi lebih kuat jika Pas bersama-sama dengan Barisan tetapi akar umbi Pas belum boleh menerima idea berkenaan.
Pas akan mendapat kekuatan secara simbiosis jika bekerjasama dengan BN malah parti itu boleh mendesak pelbagai kehendak polisinya seperti usaha sama dalam menjayakan pindaan Akta 355.
Pas perlu membuat keputusan.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.