Pakatan Harapan Bersujud Kepada DJZ, Iktiraf UEC

SIJIL Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam bahasa Cina yang dikendalikan oleh pertubuhan Cina akan diiktiraf sepenuhnya jika Pakatan Harapan menguasai kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Inilah janji mereka.

 

Sebelum ini, atas desakan bertubi-tubi melalui parti Cina dalam kerajaan, UEC telah diiktiraf setaraf dengan STPM untuk memasuki institusi pendidikan tinggi swasta.

Inilah kepandaian pertubuhan Cina kerana menggunakan dua kaedah untuk menjayakan sesuatu kehendak kepentingan kaum, iaitu melalui desakan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang seperti DAP dan PKR, dan dalam masa sama digerakkan melalui Gerakan dan MCA, menyebabkan kerajaan terpaksa akur khuususnya ketika pilihan raya.

Desakan semakin bertambah apabila semakin Bumiputera berpecah-belah sehingga menyebabkan Bumiputera terpaksa bergantung kepada mereka secara total.

saifuddin-abdullah

Dalam laporan Malaysiakini,  Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata perkara itu selaras dengan pendirian gabungan pembangkang sebelum ini untuk mengiktiraf UEC.

“Sebagai Ketua Setiausaha Majlis HARAPAN saya ingin menjelaskan bahawa jika HARAPAN membentuk kerajaan persekutuan, kita akan mengiktiraf UEC. Ini adalah kesinambungan daripada pendirian Pakatan Rakyat dalam manifesto pilihan raya umum lalu yang telah berjanji untuk memberi pengiktirafan.

“Di Selangor, UNISEL yang dimiliki oleh kerajaan negeri (diketuai oleh Menteri Besar PKR) telah mengiktiraf UEC,” kata Saifuddin pada majlis DAP di Bentong.

parliament malaysia

Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menafikan HARAPAN tidak akan mengiktiraf UEC.

Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata UEC perlu diteliti berdasarkan dasar pendidikan serta tidak bertentangan dengan hasrat negara.

Saifuddin berkata HARAPAN melihat isu UEC adalah penting, malah lebih 500,000 pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975.

Katanya, pada masa ini sahaja seramai 7,000 pelajar menduduki peperiksaan peringkat senior bagi membolehkan mereka menggunakan sijil tersebut untuk kemasukan ke peringkat lebih tinggi di universiti antarabangsa.

“Tetapi oleh kerana kerajaan BN tidak mengiktiraf UEC, mereka perlu sama ada belajar di universiti swasta tempatan atau ke luar negara,” kata Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri pelajaran.

“Belajar di luar negara atau di universiti-universiti swasta tempatan adalah mahal. Sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu diberi tawaran yang lebih adil dengan membenarkan mereka untuk belajar di universiti-universiti tempatan kita,” katanya.

Tambah Saifuddin, tindakan tidak mengiktiraf UEC juga boleh memburukkan lagi isu pengaliran keluar tenaga pakar di mana pelajar cemerlang memilih untuk tinggal di luar negara sebaik sahaja tamat pengajian.

kaum cina

UEC merupakan akronim kepada Unified Examinations Certificate (UEC) — sejenis peperiksaan yang dikendalikan oleh Dong Jiao Zhong (DJZ), atau Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia dan Persatuan Guru-Guru Besar Sekolah Cina dalam mengakreditasi pelajar-pelajar mereka di negara ini.

Kerangka politik hari ini memungkinkan semua pihak bergantung kepada undi Cina menyebabkan Harapan terpaksa bersujud kepada desakan DJZ.

Pihak kerajaan juga terpaksa akur dengan desakan mereka, malah DJZ telah diberikan universiti penuh melalui Kolej Universiti New Era, di Kajang.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s