Lagi Sekali Rafizi Mahu Kelirukan Pencarum Tabung Haji

TANPA diketahui niat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli apabila membangkitkan isu pelupusan sebanyak 10.3 juta saham dalam sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad (“PERISAI”) oleh Tabung Haji, kerana sebagai seorang yang celik ekonomi tentunya  beliau sendiri mengetahui suasana ekonomi tidak menentu yang mempengaruhi dalam industri petroleum dan gas.

TabungHaji

Jika dalam suatu keadaan harga saham jatuh, pelabur mempunyai pilihan sama ada ingin membeli pada harga yang rendah itu atau tidak mengambil apa-apa keputusan.   Jika membeli pada harga yang rendah, kemungkinan besar juga akan menguntungkan jika harga saham itu naik kembali.

Jika keputusan yang diambil untuk membeli saham berkenaan, maka itu satu pilihan bagi jawatankuasa pelaburan selepas memikirkan beberapa perkara.

Risiko?

Memang dalam perniagaan mempunyai risiko.

Seorang usahawan dunia, Bob Proctor pernah bermadah mengenai risiko:

To laugh is to risk appearing the fool.

To weep is to risk appearing sentimental.

To reach out for another is to risk involvement.

To expose feelings is to risk exposing your true self.

To place your ideas, your dreams, before a crowd is to risk their loss.

To love is to risk not being loved in return.

To live is to risk dying.

To hope is to risk despair.

To try is to risk failure.

 You may avoid suffering and sorrow if you don’t risk, but you simply cannot learn, feel, change, grow, love or live.

The greatest hazard in life is to risk nothing. The person who risks nothing, does nothing and has nothing. Only a person who risks is free.

Soal kerugian adalah hal yang menjadi sebahagian dari asam garam perniagaan. Apatah lagi dalam pasaran perniagaan yg berkaitan petroleum dan gas. Ianya amat berkait rapat dengan pasaran antarabangsa, bukan produk setempat.

Jika US$1 dolar sahaja harga minyak jatuh,  ia dianggarkan memberikan kerugian kira-kira RM300 juta kepada negara.

Jika benar sekalipun penyataan Rafizi bahawa Tabung Haji kerugian RM64 juta akibat pelupusan saham dalam Perisai, ianya salah satu keputusan pelaburan.

Pelaburan TH membabitkan satu keputusan daripada jawatankuasa pelaburan. ianya bukan kedai runcit. Pelaburannya pelbagai hala. Pelbagai portfolio. Ini memungkinkan keuntungan terus relatif tinggi kepada pencarumnya, setiap tahun.

Memang akan ada satu dua pelaburan yang merugikan. Tetapi, keseluruhan menguntungkan.  Ada syarikat rugi, banyak lagi syarikat yang untung.  Mengapa tidak semua untung?  Jika mahukan semua untung, ianya bukan perniagaan, bukan pelaburan.  Tabung Haji kini mempunyai dana RM64 bilion.

rafizi1

Untuk mencemar imej TH dengan ada satu dua syarikat yang tidak beri pulangan menguntungkan, merupakan sesuatu yang tidak adil. Apa lagi jika kenyataan itu dibuat atas kepentingan politik atau kepentingan mahu menjatuhkan institusi Islam yang mempunyai dana terbesar dalam negara.

Mungkin ada orang yang seronok melihat ranapnya institusi Islam yang mempunyai dana RM64 bilion.  Sehingga kini hampir tiada dalam dunia, badan seperti Tabung Haji yang mampu memberikan subsidi sekitar 50 peratus kepada mereka yang hendak menunaikan ibadah haji, dengan bayaran hanya sekitar RM10,000.

Yang sepatutnya menjadi pembahasan atau isu yang wajar dibangkitkan apakah berlaku kesalahan dari segi urus tadbir, penyelewengan atau paksaan pelaburan oleh mana-mana pihak?

Tidak ada.

Rafizi tidakpun menyentuh akan hal ini.

Dia menyebut akan hal kerugian kemudian membuat kesimpulan dangkal: “Wang RM64 juta ini adalah milik pendeposit yang sewajarnya digunakan untuk mengurangkan kos menunaikan ibadah haji atau pun dikembalikan kepada pendeposit dalam bentuk dividen yang lebih tinggi.”

Nampak seperti niatnya mahukan pendeposit tidak mempercayai akan Tabung Haji kemudian menarik caruman seperti yang berlaku sebelum ini.

 

Advertisements

One thought on “Lagi Sekali Rafizi Mahu Kelirukan Pencarum Tabung Haji

  1. Pingback: PENYU SAKTI - GedungKartun.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s