Selepas 48 Jam Trump Masuk White House, 560 Penempatan Haram Israel Lulus

trump1

ISRAEL telah meluluskan 560 unit rumah tambahan yang akan dibina sebagai sebahagian daripada inisiatif penempatan haram di Timur Baitulmaqdis.
israel
Pengumuman itu dibuat 48 jam selepas Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45.

Perkara tersebut mula tersebar selepas Radio Israel menemu bual Pengarah Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Jerusalem, Meir Turgeman yang memberitahu, permit yang sebelum ini ditangguhkan telah lulus sebaik sahaja Barack Obama meninggalkan White House.

Selepas kelulusan baharu diberikan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk menarik balik larangan ke atas pembinaan penempatan di Timur Baitulmaqdis.

“Tidak perlu lagi penyelarasan dan kini kita boleh bina di mana tempat yang kita mahu,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Reuters.

Tambahnya, beliau mahu pembinaan penempatan Israel di semua wilayah Palestin.

“Kita telah duduki Palestin sejak 1967. Wawasan saya ialah untuk menggubal kedaulatan ke atas keseluruhan kawasan,” tambahnya.
jerusalem
Ketika hari-hari terakhir Barack Obama sebagai Presiden, beliau mengkritik usaha mengembangkan penempatan Israel atas alasan ia merosakkan keamanan serantau dan merencatkan usaha penyelesaian antara Israel dengan Palestin.

Obama turut terpaksa memberi penjelasan kepada Netanyahu berhubung Amerika Syarikat yang mengambil pendekatan berkecuali dan tidak memveto resolusi mengutuk penempatan haram.

 Namun di sisi berbeza, Donald Trump mengambil pendekatan dasar Amerika Syarikat yang lebih dekat dengan Israel.

Kelulusan permit bangunan baru yang dikeluarkan pada Ahad menandakan pusingan ‘U’ dasar Washington ke atas Tel Aviv.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s