Terengganu Mungkin Lepaskan TSG

MASA depan pasukan pasukan berbasikal profesional negara, Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) kini menjadi tanda tanya apabila kerajaan negeri mula menimbangkan kemungkinan tidak lagi mendokong pasukan itu.
tsg

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman membuat kenyataan mengejut itu hari ini setelah merasakan sumbangan negeri dalam membangun dan memeriahkan dunia sukan berbasikal tanah air
hari ini seakan tidak dihargai.

Ini ekoran tindakan penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) mengetepikan Terengganu sebagai medan permulaan dalam siri kali ini setelah negeri ini tidak dapat meneruskan tajaan kali ini kerana kekangan kewangan.

“Mereka ambil langkah drastik tanpa perbincangan, seolah-olah apa yang kita buat dan bantu selama ini untuk bangunkan sukan berbasikal tidak mendapat sokongan mana-mana pihak,”ujarnya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri sememangnya berharap kejohanan berbasikal antarabangsa itu dapat turut dimanfaatkan dalam aspek promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Oleh kerana itu kerajaan negeri akan timbang sama ada TSG diteruskan atau tidak, atau serah kepada pihak lain supaya tidak tidak membuang duit dan masa,”ujarnya.

TSG yang berpengkalan di sini ditubuhkan penghujung 2010 yang membawa imej negeri sebagai kuasa baharu sukan berbasikal tanah air dan mula menghadapi cabaran sulung LTdL 2011. – Utusan

Diwakili sebahagiannya oleh kalangan jaguh anak negeri, pasukan itu turut bersaing membawa nama negara dalam pelbagai kejohanan di persada antarabangsa. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s