Tabung Haji Tidak Berkompromi Dengan kakitangan Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR: TH Heavy Engineering (THHE), Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai kepentingan 30 peratus, mempunyai lembaga pengarah dan struktur tadbir urus tersendiri dan jika kakitangannya terbabit dalam dakwaan penyalahgunaan dana maka mereka akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Tiada siapa boleh terlepas daripada undang-undang.

THHE bukan mulik TH, pihak Lembaga Pengarahnya bertanggungjawab atas urus tadbirnya dan mereka telah mengambil tindakan tertentu untuk mengatasi kelemahan dalam governansnya.

Lembaga Tabung Haji (TH) tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tidak amanah.

Hari ini, media melaporkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) THHE, Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latfi, didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM2.5 juta di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur..

Nor Badli Munawir yang berusia 51 tahun telah memohon untuk dibicarakan atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
badli-th-heavy
Kes dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga lima, Nor Badli Munawir sebagai CEO THHE telah melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000, RM570,000, RM430,000, RM600,000 dan RM575,800 pada tarikh berasingan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd. Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar antara April hingga Oktober 2013.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat serta boleh dikenakan denda.

Hakim Madihah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes ialah pada 15 Mac 2017. Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya S.Thangavelu.

Ini jelas betapa sebarang dakwaan salah laku akan dibawa ke mahkamah, bukan kerana kenyataan yang di buat oleh pemimpin pembangkang.

THHE sebelum ini juga telah mengedarkan kenyataan akhbar bagi menekankan bahawa syarikat akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan

TH juga dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan pihaknya mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan kuasa bagi memastikan ketelusan, akauntibiliti, integriti serta amalan perniagaan yang baik kekal sebagai kriteria penting dalam tadbir urus korporatnya.

Sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, ia tidak akan berkompromi dan mengambil langkah sewajarnya dalam membendung sebarang perlakuan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“TH sentiasa memberi fokus kepada prestasi terbaik dalam perniagaan dan pelaburannya, berlandaskan syariah demi kepentingan pendepositnya.

“Hala tuju pelaburan TH adalah berdasarkan polisi Alokasi Aset Strategik. Setiap aktiviti pelaburan akan melalu proses penilaian yang tegar termasuk proses kelulusan,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s