SPRM Mengganas: Ahli Politik Kini Tidak Tidur Lena

SEMUA ahli politik negara ini kini tidur tidak lena.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran keras betapa akan ada beberapa orang ahli politik akan ditahan dan didakwa beberapa hari ini yang terbabit dalam penyelewengan, rasuah atau pecah amanah.

Bagi orang politik mana mungkin mereka tidak mumpunyai duit sejumlah besar untuk memberi kepada masyarakat setempat.

Dilema orang politik dalam konteks Malaysia tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, jika ada majlis kahwin, kenduri, orang mati, mangsa banjir, anak masuk universiti atau mahu mengadakan sesuatu program memerlukan ahli politik atau wakil rakyat untuk mempunyai wang yang agak besar.

Jika ahli politik di negara maju, tugas wakil rakyat ialah untuk merancang dan memikirkan penggubalan undang-undang untuk kesejahteraan masyarakat teramai, bukan untuk membeli beras jika ada orang kampung tiada duit.

Dengan amaran daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad itu, kerusi orang politik kini agak panas.
datuk-dzul-sprm
Ahli politik yang terbabit dengan rasuah tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran.

Dalam satu temu bual secara langsung di televisyen pada Khamis, Dzulkifli berkata, beliau pernah menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah, termasuklah ahli-ahli politik tanpa mengira pangkat.

“Pada hari ke-100 saya sebagai ketua SPRM, saya menyatakan bahawa saya tidak akan berhenti daripada mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik.

“Malam ini, saya ingin katakan kepada ahli politik yang terlibat dengan rasuah, ‘tunggulah’,” katanya.

Dzulkifli berkata, SPRM tidak bimbang dengan ‘individu-individu dilindungi’ yang melakukan rasuah sistemik.

“Tidak timbul isu mereka dilindungi, saya boleh jamin bahawa semua mereka yang melakukan rasuah tidak akan dibiarkan. Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih,” tegas beliau.

Dzulkifli, bagaimanapun, berkata SPRM mempunyai keterbatasannya sendiri.

“Kita hanya ada 2,900 anggota dan pegawai dalam SPRM, di mana hanya 900 orang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang, manakala selebihnya, antara lain berada di jabatan pencegahan dan pendidikan.

“Selain itu bajet juga telah dipotong dan ia berada pada tahap paling rendah sejak 2013,” katanya.

Dzulkifli, bagaimanapun berkata beliau tidak akan membenarkan keterbatasan ini untuk menghalang mereka daripada menjalankan kewajipannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s