Hampir Pasti TMJ Presiden Baharu FAM

KETIKA ahli gabungan pagi ini bertemu dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi, cahaya baru meneroboh masuk dalam teka-teki siapakah yang wajar menegtuai badan induk bola sepak negara yang dikatakan tidak segagah yang sepatutnya.
tmj1
tmj2
Cahaya itu berligar di Istana Pasir Pelangi yang membuat keputusan kesanggupan TMJ untuk menjadi Presiden, bukan lagi meletakkan Tan Sri Aseh Che Mat sebagai Proksinya.

Orang ramai apa lagi Bangsa Johor sangat suka hati dengan perkembangan terbaru hari ini.

Laman Facebook JOHOR Southern Tigers turut melaporkan kunjungan delegasi ahli gabungan FAM menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi.
tmj3
Menurut kenyataan itu, tujuan delegasi tersebut adalah untuk memohon perkenan Sultan Johor tentang cadangan melantik Tunku Ismail menerajui kongres badan induk bola sepak negara pada bulan Mac ini sekali gus mengubah senario bola sepak negara.

Ketika ditanya Sultan Ibrahim kepada Tunku Ismail tentang cadangan itu, Tunku Mahkota Johor menjawab:

“Patik hanya menjunjung titah Tuanku.”

Kemudian Sultan Ibrahim bertitah kepada Tunku Ismail;

“Ubahlah air muka bola sepak tanah air.”

Berbanding tiga calon lain, TMJ dilihat calon paling layak dan mampu membawa perubahan dari segi falsafah dan hala tuju pasukan bola sepak negara.

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar sebelum ini dilaporkan berkata, kredibiliti yang ada pada Tunku Ismail mampu membawa pasukan bola sepak negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Cumanya kalau tanya mana satu, saya nampak Tunku Ismail menjadi pilihan. Terbukti dia membuat perubahan dalam bola sepak Johor. Sebab apa dibuat itu sebenarnya diperlukan dalam menguruskan bola sepak moden,” katanya.
fam
Empat individu yang disahkan FAM mendapat pencalonan bagi merebut jawatan presiden badan induk itu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, pada 25 Mac ini ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tunku Ismail serta bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa.

Hairuddin berkata presiden baharu FAM yang dipilih nanti seharusnya menyatakan perancangan dan visi mereka dalam melakukan perubahan bola sepak negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s