Menteri Besar Terengganu Kemalangan, Program Rasmi Ditangguhkan

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini dalam pemerhatian doktor dalam tempoh 24 jam, selepas dilaporkan ditimpa kemalangan.
mb-ganu
Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan, berkata semua program yang membabitkan Ahmad Razif terpaksa ditangguhkan, bagi membolehkannya berehat.

“Semua program yang membabitkan Menteri Besar terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

“Ini berikutan Yang Amat Berhormat (YAB) ditimpa kemalangan yang memerlukan pengawasan doktor untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam seterusnya, ” katanya.

Difahamkan keadaan Ahmad Razif dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Marilah sama-sama kita doakan beliau kembali sembuh.

Berikut kenyataan penuh dari Pejabat MB:
mb ganu1

Dalam laporan mStar pula Ahmad Razif dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau berada di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort untuk menjalani latihan menjelang kejohanan menunggang kuda yang berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau meminum segelas air di rumah kelab tetapi tidak mengingati apa-apa selepas itu.

“Saya tidak sedar bahawa telah jatuh pengsan. Doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati saya berada dalam keadaan baik.

“Namun saya akan ditempatkan di hospital untuk pemantauan bagi tempoh 24 jam,” kata beliau.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/06/razif-pengsan/#B23rZ7GcW1eGGAek.99

KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI BESAR TERENGGANU
5 FEBRUARI 2017

Adalah dimaklumkan bahawa semua program yang melibatkan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd. Rahman terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Ini berikutan Yang Amat Berhormat telah ditimpa kemalangan yang memerlukan pengawasan doktor sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam seterusnya.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT akan mengurniakan kesembuhan dan semoga Yang Amat Berhormat pulih segera.

PEJABAT MENTERI BESAR

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s