Umno Kedah Sedia Bekerjasama Dengan PAS

KETIKA zaman Mukhriz Tun Mahathir baru dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, pernah beberapa pihak mencadangkan agar berlaku kerjasama di antara Umno dan Pas di Kedah dalam membentuk kerajaan campuran.

Begitupun, Mukhriz ketika itu baru menerajui Kedah tidak mempunyai keberanian dalam melaksanakan sesuatu yang di luar kebiasaan bagi mengukuhkan kerajaan dan memastikan rakyat Kedah di setiap penjuru Kedah mendapat kenikmatan hasil pembangunan ekonomi negeri.
bashah
Ini menyebabkan kerajaannya begitu rapuh.

Hari ini, Umno Kedah dengan nada baru dan bersemangat menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan Pas di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, seperti diungkapkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Begitupun, masih ada sedikit nada ketakutan untuk merealisasikan hasrat ini.

Ahmad Bashah berkata, kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.

Mengapa perlu menunggu pusat…? Jika pusat belum mampu melaksanakan, negerilah yang perlu melaksanakan dahulu dan kemudian akan diikuti oleh pusat jika berlaku kejayaan.

Di Selangor walaupun Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan tetapi mereka masih boleh bekerjasama membentuk kerajaan.

Beberapa program perlu diwujudkan untuk memulakan langkah kerjasama ini, seperti berlaku dalam misi pelancaran ‘Food Flotilla for Myanmar’.

Jika kerjasama sudah terjalin dan berlaku gabungan dalam pembentukan kerajaan dan pemilihan exco dari parti Pas, maka tidak timbul lagi soal peruntukan untuk Wakil Rakyat dari Pas.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk anggota Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.

“Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s