Berus Cat Bulu Babi: Ustaz PKR Dakwa Semua Mazhab Halalkan, Kecuali Syafie

MENGGUNAKAN berus cat yang diperbuat dari bulu babi tidak menjadi masalah kerana semua mazhab ahli sunnah waljamaah hanya mengharamkan memakan babi, kecuali Mashab Syafie termasuk mengharamkan sentuh, kata Wan Ji Wan Hussin, Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Angkatan Muda Keadilan
berus-cat-bulu-babi
Malah, beliau mempertikaikan mengapa negara hanya bermazhabkan syafie sahaja sedangkan Imam mazhab lain juga benar.

“Kalau ada pihak cakap, di Malaysia bermazhab syafie, macam mana pula? Jawapannya, di Malaysia zakat fitrah tidak ikut mazhab syafie. Dalam mazhab syafie, zakat fitrah menggunakan duit, zakat tak sah. Tp, tak ada seorang jadikan ia isu,” katanya.

Pandangan Ustaz Wan Ji ini mungkin boleh membawa kekeliruan kerana di Malaysia tidak mengamalkan penggunaan empat mazhab – Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Sudah zaman berzaman Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dalam hal ibadah mahupun hukum-hukum agama berkaitan hal-hal dalam mahkamah syariah. Jika penggunaan empat mazhab dalam mahkamah, mahkamah syariah sukar membuat sesuatu keputusan.

Dalam isu zakat fitrah, keputusan telah dicapai oleh negara untuk menggunapakai wang mengantikan beras, bukan keputusan individu.

Berikut kenyataan penuh beliau;

Tadi, ada wartawan telefon, minta respon isu bulu babi yang sedang bising dalam media.
wan-ji
Komen saya;

1. Semua mazhab kecuali syafie menyatakan bahawa babi hanya haram pada makan sahaja. Adapun sentuh, tidak haram.

2. Perkara ini jadi sensitif, kerana kejumudan fiqh. Ekoran itu, isu kasut kulit babi tidak berlaku isu sensitif dalam masyarakat yang ada keterbukaan fiqh. Yang berlaku sensitif, dalam masyarakat yang jumud fiqh.

3. Kalau ada pihak cakap, di Malaysia bermazhab syafie, macam mana pula? Jawapannya, di Malaysia zakat fitrah tidak ikut mazhab syafie. Dalam mazhab syafie, zakat fitrah menggunakan duit, zakat tak sah. Tp, tak ada seorang jadikan ia isu.

4. Pesanan saya, di Malaysia tidak perlu sentimenkan perkara2 sebegini. Sebaliknya, perlu ajar masyarakat keterbukaan fiqh, bukan kejumudan fiqh

5. Pihak yang bangkitkan perkara sebegini, saya pesan bahawa mereka kena ingat, tindakan mereka ini akan menyebabkan orang bukan Islam benci Islam, mereka akan sinis terhadap islam.

Wallahu ‘Alam

Wan Ji Wan Hussin
Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Angkatan Muda Keadilan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s