Kaunselor Digesa Tingkat Ilmu Pengetahuan Hingga ke PhD

SINTOK: Para kaunselor sekolah digesa mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing demi menghadapi cabaran di sekolah pada masa kini dan cabaran masa depan yang sukar dijangkakan.
mahdzir-khalid-uum
Menteri Pendidikan< Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata langkah yang boleh dilaksanakan untuk mempertingkatkan pengetahuan termasuklah menyambung pengajian sama ada secara sepenub masa atau separuh masa di institusi pendidikan tinggi awam atau sentiasa m4enambah pengetahuan melalui pembacaan.

“Kementerian sentiasa menyokong segala langkah bg mempertingkat aspek kemahiran para guru kaunseling di sekolah. termasuk menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana dan PhD tertakluk kepada syarat-syarat tertentu,” katanya selepas menutup Konvensyen Teori dan Aplikasi Kaunseing Peringkat Antarabangsa kepada lebih 1,000 guru kaunselor seluruh Malaysia yg berkampung selama 3 hari di UUM Sintok, sejak kelmarin..
mahdzir1
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mahdzir meminta semua sekolah supaya meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membantu menangani masalah pelajar yang terlibat dengan dadah.

Beliau berkata, langkah itu juga dilihat dapat memastikan golongan pelajar terutama di sekolah rendah dan menengah diberi perhatian sepenuhnya.

“Mereka ini perlu dibantu oleh semua pihak, bukan sahaja ketika berada di sekolah tetapi juga selepas waktu persekolahan iaitu di rumah dan di persekitaran tempat tinggal.

“Jika keluarga murid-murid ini bermasalah sudah tentu murid ini bermasalah, maknanya agensi yang terlibat juga perlu melihat perkara ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mahdzir berkata, pihaknya juga membenarkan AADK dan PDRM mengadakan ujian air kencing secara rawak di sekolah-sekolah jika mendapat laporan daripada Jabatan Pendidikan negeri terutama di kawasan-kawasan ‘panas’.

“Saya bimbang dadah sintetik sekarang ini, kerana tidak susah untuk diperoleh dan boleh membuat tempahan menggunakan teknologi terkini, dan sebab itu kita kena tingkatkan kerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Mahadzir berkata demikian selepas mengulas kenyataan Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin bahawa agensi itu sedang memantau 26 buah sekolah di Kedah yang berisiko pelajarnya boleh terdedah dengan masalah dadah.

Konvensyen dua hari bermula 6 Feb lalu dianjurkan Kementerian Pendidikan, Pusat Pengajian Psikologi (SAPSP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) dan Majlis Guru Kaunseling Kedah.

Ia disertai 1,096 guru bimbingan dan kaunseling sekolah, kaunselor dan pengamal kaunseling di negara ini dan juga Indonesia dan Thailand.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s