Pendirian Pas Mudah, Tidak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah – Presiden Pas

TIDAK menjadi susah untuk Pas untyuk menentukan sama ada perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau tidak.

Pendiriannya mudah – tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

Ini bermakna pilihan raya akan datang akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru di antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan PAS dan ini memberi kelebihan kepada BN khususnya kawasan yang bilangan populasi Melayu melebihi 80 peratus.

hadisingle

PAS tidak akan bekerjsama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu ada hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kami mempunyai pendirian yang mudah sekali, iaitu tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

“Kami telah buat keputusan untuk tidak bekerjasama, juga dengan rakan mereka. Jadi tidak perlu tunggu sehingga sebulan kerana apabila mereka bersama Amanah dan DAP, jadi semuanya sudah berakhir,” katanya ketika menghadiri majlis di Ampang, Ahad.

Hadi berkata demikian susulan kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamd yang memberikan tempoh sebulan untuk PAS memutuskan sama mahu bersama Pakatan Harapan, gabungan pembangkang yang diwujudkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

mahathir
Mengenai sama ada PAS akan pertimbangkan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin PPBM bagi membincangkan isu berkenaan, Hadi berkata, ia tidak perlu selagi PPBM masih bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

“Malah untuk PKR juga, kami akan membuat keputusan segera. Sebenarnya kami terbuka kepada semua dan hanya melibatkan politik saya tidak kisah, tetapi kedua pihak ini (DAP dan Amanah) menumpukan RUU 355 yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Pada Sabtu, Dr Mahathir berkata, PAS perlu membuat keputusan dalam masa sebulan sama ada mahu menyertai gabung pembangkang itu.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s