TMJ Junjung Titah Sultan Ibrahim Tanding Jawatan Presiden FAM

fam

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

johor1

Laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin, memuat naik beberapa keping gambar pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bersama Sultan Ibrahim dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Entri terkini itu mencatatkan bahawa TMJ menjunjung titah Sultan Johor untuk bertanding jawatan Presiden FAM bagi mengubah landskap bola sepak negara.

Hamidin pada sidang media pada Isnin, mengesahkan penerimaan pencalonan Tunku Ismail, sekali gus menyaksikan perebutan kerusi panas itu pertembungan satu lawan satu dengan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

 johor2

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan sehingga tempoh pencalonan ditutup, petang Isnin.

Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

johor3

Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala bagi empat jawatan naib presiden, sembilan calon akan bertanding. – Bernama

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s