Pasca Banjir: Sungai Terengganu Muncul Buaya Sepanjang 2 Meter

KUALA NERUS, 14 Feb — Penduduk di kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini diminta berhati-hati dan tidak mendekati kawasan sungai berikutan terdapat kelibat seekor buaya di kawasan sungai berdekatan.
boya-ganu
Orang ramai yang ditemui Bernama berkata buaya tersebut dilihat berada di tebing Sungai Terengganu sekitar pukul 3 petang semalam hingga 7 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Seberang Bukit Tumbuh, Nazri Ghani, 35, berkata buaya sepanjang dua meter itu kelihatan masih kecil dan jinak.

“Ada penduduk ingin menangkapnya dengan menggunakan jerat, tetapi tidak berjaya kerana ia berenang ke tempat air yang dalam,” katanya di sini hari ini.

Nazri berkata dua hari lepas, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa terdapat seekor buaya di kampung Batin, juga berhampiran sungai yang sama dan beliau tidak menolak kemungkinan ia adalah buaya yang sama.

Sungai Terengganu merupakan sungai terpanjang di negeri ini yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu. Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu yang dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s