Zuhudkah Mursyidul Am PAS Memiliki Kereta Sport Mewah Porsche

ORANG ramai mula mempersoalkan kezuhudan agamawan apabila memperlihatkan kepada orang ramai menaiki kereta proton saga, tetapi sebenarnya mempunyai kereta sport mewah, porsche.
hashim-mursyidul-pas
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pada mulanya menjawab kepada media ketika menafikan PAS menerima dana RM90 juta daripada UMNO menyatakan
beliau sendiri hanya memiliki kereta Proton Saga dan rumah bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000 saja.

Begitupun, dalam dunia yang maklumatnya boleh diperolehi dalam internet. ada netizen yang menyemak dan mendapati kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 didaftarkan atas nama Hashim Jasin.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS Wilayah Ir Khairil Nizam Khirudin ketika ditanya pemberita menafikan dakwaan itu dan berkata kereta itu mungkin dimiliki oleh sanak saudara Hashim.

“Kami yakin dengan mursyidul am kami tidak ada kereta Porsche atas nama beliau.Mungkin atas nama sanak saudara beliau. Salah ke sanak saudara dia ada kereta Porsche,” katanya.

Jika disemak berita mengenai perkara ini, ia pernah berbangkit beberapa tahun lalu dan Hashim sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.

Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat.

“Saya sendiri pun tak pernah memandu kereta tersebut. Saya juga menafikan dakwaan kereta tersebut telah dibeli dengan harga melebihi RM30,000 sebaliknya dengan menggunakan AP, kereta tersebut hanya dibeli pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

“Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri,” jelasnya
mursyidul-am-pas2
Ia bermula apabila seorang pengguna Facebook memuat naik gambar semakan butiran atas talian yang menunjukkan Hashim memiliki Porsche atas namanya.

Kereta itu didakwa didaftarkan pada tahun 2012.

Walaupun hujah-hujah berkenaan dikemukakan, netizen seperti masih tidak berpuas hati bagaimana seorang ulama dalam PAS boleh memiliki kereta sport mewah walaupun digunapakai oleh anaknya yang dikatakan seorang ahli perniagaan.

“Sebenarnya kita tertipu. Pemimpin politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, mempunyai kekayaan luar biasa. Yang asyik bergaduh ini dikalangan pengikut yang miskin. Pemimpin kaya raya,” kata seorang netizen.
hashim-mursyidul-pas1
Seorang lagi netizen bukan muslim, meminta SPRM menyemak semua pemimpin politik bagi membolehkan negara ini bersih daripada angkara rasuah atau usaha mendapatkan duit daripada kurang sah atau tidak sah.

“Saya percaya lama kelamaan anak-anak muda akan menjadi aparthy, tidak lagi berminat dengan politik yang kelihatan palsu dan membohongi minda jujur anak-anak muda,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s