Mahfuz Omar Perlu Letak Jawatan Jika Bermaruah – Presiden PAS

KEPADA PAS, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang memenangi kerusi atas tiket PAS sudah tidak lagi berjiwa PAS, malah lebih mirip kepada Parti Amanah yang diketuai Mohamad Sabu.

mahfuz

Begitupun, Mahfuz belum bersedia meninggalkan PAS walaupun pucuk pimpinan parti itu melihat beliau bukan lagi ahli sejati PAS.

Ketika Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan lantang mengkritik pucuk pimpinan parti dan parti itu sendiri, maka Muhyiddin dipecat daripada parti berkenaan dan begitulah lazimnya yang berlaku kepada mana-mana parti politik.

Mahfuz tiada pilihan lagi sama seperti berlaku kepada seorang lagi bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa yang juga dipecat keahliannya kerana melanggar disiplin parti.

“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan dalam Sinar harian, hari ini.

Berikut berita penuh berkenaan.

hadi amar

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.

“Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah),” katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.

Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.

“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri… Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.

“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media.

“Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin, terpulang kepada jawatankuasa disiplin.

“Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin,” katanya.

nik-abduh1

Sementara itu, di KOTA BHARU: Pas membayangkan persaingan tiga penjuru dalam PRU ke 14 nanti tidak lagi boleh dielak.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan terbaharu Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki Pas telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara Pas dan parti itu.

“Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera yang diwujudkan oleh Pas dan Ikatan semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan Pakatan Harapan,” katanya dipetik di dalam laman facebooknya semalam.

Nik Abduh berkata, kekuatan Pas untuk bergerak sendiri menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan Bersatu menyerang Pas dengan pelbagai cara termasuk mengaitkan dengan Umno.

“Kerana itu juga, Umno mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap Pas. Tujuannya sama. Menidakkan Pas sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun Pakatan Harapan.

“Bagi Pakatan Harapan, undi Pas adalah undi Umno, maka jangan undi Pas. Bagi Umno, undi Umno adalah undi Pas, maka undilah Umno. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan samada untuk BN ataupun untuk Pakatan. Hilangkan kemenangan untuk Pas,” katanya.

Nik Abduh berkata, kemenangan dan kekuatan Pas hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran dan Pas sentiasa yakin motivasi perjuangan Islam adalah ‘beriring kesukaran adalah kemudahan’.

Beliau berkata, rekod buruk Umno terhadap Pas mesti dipadamkan demi survival mereka dan pakatan harapan tidak pula mampu memomokkan rekod buruk Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil Pas.

“Sebab walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa Pas dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri. Pas menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya dan akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup.

“Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan ALLAH. Pas setianya dengan Islam adalah ‘lejen’. Satu dalam sejarah politik negara. Walau baik mana sekali pun Umno terhadap Pas, kita akan kekal bersendirian melawan parti itu,” katanya.

Menurutnya, Umno adalah musuh tradisi Pas dalam politik dan jika Umno ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik, dan jika bersandiwara, lambat laun ia pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri.

Selain itu, anak kelima bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu juga mengingatkan penyokong Pas bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara.

“Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh.

“Ada orang bertanya, yang mana bahaya antara Umno dan DAP? Saya berkata, bahaya Umno bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan,” katanya. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: