Rasuah Dana SMUE RM200 Juta, Azmin Bersedia Disiasat SPRM

KLANG: Kerajaan negeri Selangor akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM200 juta.
azmin
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban serta mengambil sikap terbuka mengenai sebarang aduan.

“Semua boleh lihat, tidak mungkin jika ada rasuah dan salah guna kuasa, Selangor boleh mencapai tahap seperti sekarang, rizab meningkat dan tahap pengurusan kewangan yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smart Trak, Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Bekas Polisterin anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan KDEB Waste Management (KDEBWM) Sdn Bhd di sini hari ini.

Mohamed Azmin mengulas laporan SPRM yang dibuat Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam berhubung dakwaan penyalahgunaan dana SMUE berjumlah RM200 juta.
jamal-jenazah
Jamal berkata laporan itu dibuat bertujuan mendesak SPRM menyiasat beberapa persoalan yang timbul berkaitan dana awam tersebut yang didakwa disalurkan kepada anggota Parlimen tertentu di daerah-daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling Jaya.

Menurut Mohamed Azmin, SMUE adalah sebahagian daripada program merakyatkan ekonomi Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada 2008.

Dalam perkembangan lain, beliau memuji keupayaan MPK menguruskan masalah pengurusan sisa pepejal dengan efektif.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan RM45 juta tahun ini kepada KDEBWM untuk menguruskan sisa pepejal di Selangor.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s