Antara Takdir Dan Pilihan

Tak sama.

Selain dari macam-macam perkara yang menjadi pembolehubah kepada macam mana hidup saya hari ini . . . ok, sebelum tu, topik yang berkait ini taklah buat saya sampai duduk merenung dan berfikir setiap hari sampai tak pernah habis. Yang saya percaya perkara ini bukanlah unik atau istimewa. Kerana setiap orang turut melalui prosesnya tanpa berkecuali. Diri awak & diri saya pada hari ini ialah hasil dari himpunan cerita hidup yang masing-masing telah lalui.

Soalan I) Bolehkah kita anggap ada bahagian-bahagian tertentu itu bertolak dari nasib?

Dari perspektif liar yang bermain di otak saya, saya tak menolak untuk berkata, ya. Misalnya saya lahir di Kelantan, dan sehingga saya remaja saya membesar di sana. Itu bukan keputusan saya. Itu satu nasib yang menimpa ke atas diri saya.

Tadi sekitar jam 2.30 saya makan tengahari. Kedai yang saya tuju tadi masih ada menyediakan nasi kerabu. Nasi yang dicelup pewarna biru tu pun masih panas. Segala ramuan nasi kerabu masih elok tersedia. Dan ayam bakar yang menggoda mata saya juga masih nampak tak terjejas kualitinya (saya tahu ayam ayam bakar itu sudah tersedia sejak pukul 11 pagi lagi).

choice1

Saya tahu diri saya. Saya perlukan masa lebih sikit dari orang lain untuk buat keputusan dalam bab makan waktu tengahari. Apalagi kalau waktu tu dah melepasi jam dua. Nasi campur? Macam mana pemandangan nasi campur di mata awak bila dah melepasi pukul 2, pukul 3?

Saya pun mencedok nasi kerabu yang masih belum terjejas rupa parasnya. Saya padankan dengan seketul ayam bakar bahagian atas peha. Saya duduk dan merasai setiap rasa yang terkandung di dalamnya dengan penuh perasaan dan ketenangan.

Soalan II) Adakah saya boleh merasa nasi kerabu dengan penuh perasaan jika latar belakang saya bukan dari Kelantan?

Saya tak ada jawapan. Sebab saya tidak melaluinya. Nasib saya tidak bertolak dari situ. Yang saya percaya, ada kaitan kuat macam mana emosi dan deria rasa saya pada nasi kerabu, dengan latar belakang tumbesaran saya kat sana, Kelantan.

Nasib saya dan awak, yang kemudian akan membentuk cerita hidup awak dan saya… tak sama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s