PAS Akan Hilang 10 Kerusi Di Selangor – Jangkaan Akhbar Cina

KEDUDUKAN PAS Selangor kini goyah setelah parti itu bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah pada PRU akan datang.

Pada PRU lalu, daripada 56 kerusi Dun di Selangor, DAP menang 15 kerusi; Pas (15) dan PKR (14) sehingga berjaya membentuk kerajaan yang pada masa itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Manakala BN pula memperoleh 12 kerusi.

Setelah berlaku pergolakan politik sepanjang empat tahun lalu, pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang turut berubah dengan DAP kekal 14 kerusi; Pas (13), PKR (13), Amanah (2) dan Bebas (2). BN kekal 12 kerusi.

Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily mendapati, pada PRU lalu, daripada 21 Dun yang dipertandingkan Pas, parti itu menang 15 kerusi dengan lapan kerusi daripadanya menang atas sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Kelapan-lapan kerusi Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

“Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus. Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan daripada pengundi Cina, adalah sukar bagi Pas untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu,” kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar ini.

Selain itu katanya, dua kawasan luar bandar seperti Dun Morib dan Tanjung Sepat dimenangi Pas dengan kelebihan majoriti kurang daripada 1,000 undi turut berada dalam keadaan tidak menentu.

“Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, Pas kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 Dun di Selangor pada PRU14,” kata beliau lagi seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian.

Laporan MalaysiaGazzete baru-baru ini menyatakan kedudukan PAS di negegri itu masih lagi stabil kerana akan terus bekerjasama dan berunding dengan PKR, sebaliknya tidak dengan DAP atau Amanah.

Selepas pendedahan wujudnya rundingan senyap antara parti Pakatan Harapan dan PPBM di Selangor, Pas menegaskan sebarang rundingan bagi kerusi yang akan ditandingi di negeri itu hanya akan dibuat dengan PKR tanpa campur tangan mana-mana parti lain.

Pendirian itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali yang menganggap pendedahan tersebut mengejutkan kerana Pas tidak mengetahui mengenai langkah sedemikian dibuat oleh gabungan parti dalam Pakatan Harapan di Selangor.

“Saya tida percaya berita dan cerita itu,” kata Mustafa kepada MalaysiaGazette yang agak terkejut dengan pendedahan tersebut.
mustapa
Terdahulu, sebuah laman portal mendedahkan Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor secara tertutup tanpa penglibatan Pas.

Menurut laporan berkenaan, PKR diberikan paling banyak kerusi berjumlah 18 kerusi dan diikuti DAP 15 kerusi, manakala parti pimpinan Mohamad Sabu, PAN menerima 14 kerusi sementara sembilan lagi diberikan kepada PPBM.

Jumlah keseluruhan kerusi DUN di Selangor adalah 56 kerusi dimana Pas bertanding 20 kerusi dengan berjaya memenangi 15 kerusi.

Pertembungan 3 Penjuru

Jika diambil kira pendedahan tersebut, bermakna Pas akan bertembung dengan PAN da PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti di Selangor.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin PKR tidak akan membuat sebarang keputusan dalam pembahagian kerusi di Selangor tanpa terlebih dahulu berunding dengan Pas.

“Kita masih ada hubungan dengan PKR saya tak fikir nak PKR nak commit keputusan tanpa berunding dengan Pas, mereka mesti runding dengan Pas dan takkan buat keputusan dengan Pakatan Harapan… itu saya yakin,” katanya.
pas-pkr
Sementara itu, Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meramalkan PKR tidak akan memimpin kerajaan negeri Selangor walaupun berjaya dua penggal memerintah sekiranya berlaku saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Bekas setiausaha agung PKR itu kelihatan tidak yakin Selangor dapat dipegang gabungan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya percaya PKR belum tentu dapat memimpin Selangor selepas PRU14 jika berlaku pertembungan tiga penjuru,” katanya.

“Azmin mungkin boleh memenangi kerusi ditandinginya tetapi untuk membentuk kerajaan negeri, itu soal lain,” kata Khalid yang dipetik dalam wawancara akhbar hari ini.
khalid xmb
Khalid disingkir PKR dan juga jawatan menteri besar pada 2014 dalam apa yang dikenali sebagai ‘Langkah Kajang’.

Berhubung kajian tinjauan agensi kerajaan negeri Institut Darul Ehsan (IDE) yang menunjukkan Azmin makin popular, Khalid berkata, ia ibarat solekan sahaja.

“Bagi saya [tinjauan] itu cuma untuk hubungan awam (PR) sebab kalau gincu itu bagus, hanya nampak lawa jika bibir si pemakainya cantik. katanya.

“Pada saya kajian sebegini hanyalah nak tunjukkan kita cantik. Tunjukkan cantik ini tidak akan menyelesai masalah sebab cantik itu pun melalui proses masa,” dakwanya.

Khalid juga menuduh pentadbiran Selangor mengalami ketirisan bawah kepemimpinan Azmin.

“Sebab itu saya sangat menekankan kepada konsep audit dalam pentadbiran saya. Saya dapati kerajaan Selangor sekarang sangat terdedah kepada ketirisan.

“Saya dapati beberapa ketirisan sudah berlaku kalau diambil kira daripada jumlah kos yang terpaksa dibayar,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak merujuk khusus kes-kes atau projek-projek yang didakwa mengalami ketirisan. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s