Arab Saudi Jadi ‘Dewa Nasib’ Pulih Ekonomi Negara – Nanyang Siang Pau

DALAM keadaan ekonomi negara yang sedikit melemah kaum Cina dilihat menyambut baik berita yang merangsang pertumbuhan perniagaan.
Pendangan kaum cina ini diwakili pengarang akhbar nanyang siang pau yang menganggap lawatan delegasi Arab saudi diketuai Raja Salman sebagai stimulus ekonomi dari tanah emas Hitam.

salman-najib

Dalam akhbar dengan tajuk ‘Najib Menang Sekali Lagi’ itu, pengarang akhbar berkenaan yang biasanya mengkritik dasar-dasar kerajaan, tetapi kali ini mereka tanpa berselindung terus memuji langkah kerajaan.

Berikut disertakan terjemahan akhbar itu yang dilakukan oleh MoF Comm.

Nanyang Siang Pau, Editorial, Feb 28, 2017

Arab Saudi adalah tanah emas hitam. Ia menjadi sebuah negara terkaya Timur Tengah kerana mempunyai rizab minyak yang kaya. Ia diiktiraf di seluruh dunia sebagai “dewa nasib”.

Dan kini “dewa nasib” telah datang ke negara yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib.

Pada hari Ahad, Raja Arab Saudi, Raja Salman tiba di Kuala Lumpur selama empat hari untuk lawatan rasmi, beliau mengetuai delegasi lebih 600 orang. Delegasi Arab Saudi di sambut oleh sejumlah besar 100 buah kereta dan majlis sambutan itu sangat jarang dilihat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Raja Salman dengan menggunakan protocol diplomatic antarabangsa yang tertinggi.

raja-salman-najib
Rombongan ini terdiri daripada ahli-ahli kerabat diraja dan juga merupakan kali pertama jelajah Raja Salman ke Asia Tenggara sejak pertabalan beliau dalam tahun 2015. Ini bermaksud memberi banyak peluang kepada Malaysia. Jika kita menganalisis dari sudut yang lain, ia juga mencerminkan pengaruh Najib di negara Arab.

Najib, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah terikat dengan 1MDB dan isu “RM2.6 bilion sumbangan politik oleh seorang putera Arab”. Parti-parti pembangkang dan agensi tertentu telah menyerang beliau mengenai isu-isu ini.

Dan sekarang hakikatnya jelas bahawa Arab Saudi yang dikaitkan dengan dua isu ini tidak mengelak untuk bertemu Najib malah Raja Saudi sendiri mengetuai delegasi besar melakukan lawatan rasmi ke Malaysia ketika isu sensitif ini masih panas. Dengan itu bolehlah ditafsirkan bahawa Raja Salman memberi sokongan kepada kepimpinan Najib. Tambahan pula, semua pihak memberi tumpuan sama ada isu-isu ini akan disentuh dalam perbincangan mereka semasa lawatan Raja Salman atau tidak, kerana isu ini adalah titik tumpuan utama masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini berusia 91 tahun tidak menghalang penghinaan semasa lawatan Raja Salman malahan beliau juga bertanyakan Najib tentang apa lagi yang beliau cuba jual.

Pada malam Ahad, jamuan rasmi yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana, seorang lagi bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi telah dijemput untuk hadir.

Bernama tidak menyebut Mahathir hadir.

Apapun, Raja Salman telah membawa masuk pelaburan besar-besaran, termasuk AS $ 7 bilion (kira-kira RM31.1 bilion) pelaburan dalam kilang penapisan minyak di bawah perjanjian antara Petronas dan Aramco untuk projek bersepadu Rapid di Pengerang, Johor.
Ini merupakan satu lagi pencapaian ekonomi yang besar oleh Najib setelah mendapat RM140 bilion pelaburan pada lawatannya ke China baru-baru ini. Beliau telah memenangi satu lagi pusingan, politik dan diplomatik.

Diterjemah oleh : MOF Comm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s