Dewan Rakyat Fokus 2 Rang Undang-Undang Berkaitan Islam

Dua rang undang-undang berkaitan Islam dijangka menjadi perhatian utama pada penggal baru persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam.

Ia membabitkan Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dan rang undang-undang persedirian anggota parlimen Marang berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai Akta 355.

Rang undang-undang pertama – antara lain – digubal bagi mengatasi isu berkaitan pertukaran agama sepihak.

Ia dibentangkan kali pertama pada tahun lalu dan merangkumi masalah yang timbul ekoran perceraian dan hak penjagaan anak bagi pasangan bukan Islam yang memeluk Islam.

Ia bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru yang menetapkan bahawa agama mana-mana kanak-kanak daripada perkahwinan sivil boleh dikekalkan walaupun salah seorang daripada pasangan terbabit memeluk Islam, kecuali ibu bapa berkenaan bersetuju untuk menukarnya.

Ia berada pada kedudukan nombor lima dalam kertas aturan mesyuarat dan yang ketiga daripada empat rang undang-undang dikemukakan kerajaan.

Sementara itu rang undang-undang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berada di kedudukan ketujuh.

Menjunjung kasih

Melaluinya Abdul Hadi mencadangkan peruntukan hukuman bagi kesalahan jenayah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebatan.

Peruntukan sedia ada menetapkan hukuman maksimum hanya tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

Kerajaan dijangka menerima rang undang-undang itu selepas ia bacaan kali kedua.

Bagaimanapun, pengkritik menimbulkan kebimbangan – antara lain – pada kemungkinan ia disalahgunakan.

Jika rang undang-undang itu akhirnya dibahaskan, ia adalah kali ketiga untuk Abdul Hadi mengusulkannnya di Dewan Rakyat.

Sama ada rang undang-undang itu akan dibahaskan atau tidak, bergantung kepada rang undang-undang kerajaan yang biasanya diberi keutamaan.

Walaupun begitu cadangan meminda Akta 355 itu pernah dibawa ke depan dengan persetujuan kerajaan.

Sebelum ia berlaku persidangan kali ini akan bermula dengan perbahasan untuk menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa semalam.

Biasanya sesi itu membolehkan seseorang anggota parlimen membangkitkan apa saja isu dan berakhir dengan menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Agong.

Turut tersenarai dalam kertas aturan mesyuarat ialah rang undang-undang kerajaan untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 yang turut menyediakan perlindungan tambahan kepada penjamin.

Sementara itu wakil pembangkang juga mengemukakan beberapa usul yang disasarkan kepada kerajaan.

Satu daripadanya dibawa Nga Kor Ming (DAP-Taping) yang mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja bagi meneliti skandal 1MDB, serta meminta laporan audit mengenai anak syarikat milik penuh kerajaan itu dibentangkan di parlimen.

Laporan berkenaan ketika ini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s