Analisis Ketenteraan Malaysia – Korea Utara: Warga Malaysia Wajib Sokong Perdana Menteri

KETIKA dalam musim pilihan raya, pemimpin politik dan orang ramai boleh berbeza pendapat kerana ianya perkara yang lazim dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Ketika negara menghadapi cabaran khususnya dari negara luar, tidak ada pilihan bagi warganegara kecuali berpayung kepada pemimpin utama negara yang lebih mengetahui kedudukan dan keselamatan rakyat dan negara keseluruhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang semalam, telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara.

“Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan tentang keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara.

“Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya,” tegas Perdana Menteri dalam kenyataannya mengulas tindakan Korea Utara menghalang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Penulis Khairil Ashraf telah menulis satu artikel menarik mengenai kekuatan Malaysia dan Korea Utara dalam portal FMT.  Dibawah ini dipetik tulisan beliau.

Berdepan krisis diplomatik paling serius sejak era “Konfrontasi” dengan Indonesia pada 1963, persoalan yang bermain kini adalah bagaimana Malaysia menangani krisis dengan Korea Utara, sebuah negara yang secara terbuka menonjolkan keupayaan tenteranya kepada seluruh dunia.

Ia timbul kerana Korea Utara bukan seperti negara lain. Regim Pyongyang terkenal dengan tindak tanduknya yang kerap mencabar kuasa besar lain terutama Amerika Syarikat.

Hanya beberapa hari lalu, ia menunjukkan kekuatannya dengan melancarkan peluru berpandu jarak jauh ke arah Laut Jepun, ketika musuh ketatnya Korea Selatan mengadakan latihan bersama tentera dengan Amerika Syarikat.

Laporan Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) yang berpusat di London, Korea Utara mempunyai bilangan tentera aktif keseluruhan seramai 1,190,000, termasuk 60,000 tentera laut.

Menurut laporan itu, tentera Malaysia yang aktif berjumlah 109,000 dengan 80,000 tentera, 14,000 tentera laut dan 15,000 tentera udara, dan selebihnya separa tentera.

Seorang penganalisis pertahanan bagaimanapun tidak menganggap negara yang digembar gemburkan memiliki senjata nuklear itu mendapat jalan mudah sekiranya perang mulut bertukar kepada sesuatu yang lebih drastik.

Katanya, Malaysia masih mampu menghadapi ancaman tentera konvensional Korea Utara.

Menurutnya, Korea Utara bukan merupakan negara tentera yang kuat walaupun ia mempunyai tentera darat yang kuat.

“Tapi tidak mungkin digunapakai untuk menyerang Malaysia. Tentera udara dan laut Korea Utara boleh diabaikan. Walaupun Korea Utara ada pelbagai jenis misil balistik, tetapi bukan semua boleh sampai Malaysia,” kata penganalisis strategik dan pertahanan, Lam Choong Wah.

Menurutnya, walaupun benar ia memiliki peluru berpandu jarak jauh, ia masih dibelenggu “ketepatan dan kemantapan teknologi yang rendah”.

Bagaimanapun, Lam mengakui apa yang perlu dibimbangi ialah serangan bukan konvensional seperti sabotaj, “dirty bomb” dan sebagainya.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.

Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita, yang dipercayai diupah Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.

Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan hari ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah air.

Ia mengancam membawa pertelingkahan itu ke tahap baharu menyamai tebusan, ekoran dakwaan polis yang suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Jong Nam masih bersembunyi di dalam bangunan kedutaan di Bukit Damansara.

Bantuan luar

Keyakinan Lam mengenai kesediaan pertahanan Malaysia juga disebabkan Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Selain Malaysia, FPDA ditandatangani Britain, Australia, New Zealand dan Singapura, susulan tamatnya jaminan Britain untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura seperti mana terkandung dalam Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British pada 1957.

Di bawah FPDA, kelima-lima negara perlu serta merta berbincang sekiranya Malaysia atau Singapura diserang.

“Ini menjamin Malaysia perlindungan pertahanan daripada United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura terhadap sebarang ancaman tentera dan dalam kes ini serangan Korea Utara akan mencetuskan tindakan balas daripada FPDA,” kata Lam.

Korea Utara terkenal akan senjata nuklir yang katanya dahsyat, jadi negara-negara lain nggak berani macam-macam. Apalagi pimpinannya, Kim Jong Un terkenal bengis dan diktator abis. Lengkap sudah kedigdayaan negara ini. Siapa yang berani macam-macam bakalan langsung dilibas.

Belakangan ini Kim Jong Un kehilangan seorang kakak angkat di Malaysia. Setelah diusut, kakak angkat Jong Un ini dibunuh oleh oknum yang belum diketahui siapa kepalanya. Pihak Malaysia pun nggak tinggal diam dan berusaha mengusut kasus ini. Namun, Kedubes Korea Utara untuk Malaysia berkata lain. Ia malah menuduh Malaysia lambat menangani kasus ini dan menuduh Malaysia bersekongkol dengan pembunuh Jong Nam. Waduh!

Atas kelakuannya dubes Korea Utara tersebut, Malaysia mendepaknya dengan status persona non grata. Nah lho, serem banget kan? Nggak mendoakan sih, tapi andaikan sampai terjadi adu kekuatan militer dua negara tersebut, kita reka-reka yuk kira-kira siapa yang bakalan jadi jawara dengan membandingkan kekuatan militer mereka.

Sementara itu, sebuah portal di Indonesia telah membuat perbandingan dari segi kekuatan ketenteraan di antara Malaysia dan Korea Utara, di alamat berikut http://www.boombastis.com/militer-korea-utara-dan-malaysia/93877.  Berikut disertakan tulisan berkenaan yang sedikit editan untuk bacaan rakyat Malaysia.

Ranking Ketenteraan Malaysia  Jauh Rendah berbanding Korea Utara

Militer Malaysia [image source]

Perbandingan pertama kita lihat dari segi ranking yang ada di Global Fire Power. Menurut laman ini, Malaysia berada pada urutan ke-34 dari 126 negara yang tercatat di sana. Malaysia memiliki sekitar 30 juta lebih penduduk. Dari segi populasi mereka bolehlah berbangga, tapi untuk rangking ketenteraan Korea Utara berada pada urutan ke-25. Lumayan jauh berada di atas Malaysia. Padahal populasi Korea Utara hanya sekitar 25 juta jiwa saja.

Jumlah Tentera Aktif Malaysia Jauh Berbeza Dibanding Korea Utara

Personil militer Malaysia [image source]

Seperti dinyatakan, jumlah populasi Malaysia lebih besar dibanding Korea Utara. Hal tersebut juga dialami Malaysia pada jumlah kekuatan manusianya. Kekuatan manusia Malaysia berjumlah lebih besar daripada Korea Utara, yaitu 15 juta orang. Namun, soal masalah askar yang aktif, Korea Utara masih menjadi juaranya. Negeri pimpinan Kim Jong Un ini memiliki jumlah askar  aktif yang jumlahnya berada di atas Malaysia. Jumlah askar aktif di Korea Utara adalah sebanyak 700,000 orang, sedangkan Malaysia hanya memiliki jumlah 110,000 orang saja.

Korea Utara Memiliki Kekuatan Udara yang Dahsyat

Kim Jong Un di dalam pesawat [image source]

Masalah sumber daya manusia, bolehlah Malaysia yang lebih banyak. Namun, pemegang kekuatan tetap saja dipegang oleh Korea Utara. Lalu bagaimana kalau dilihat dari segi angkatan udara? Global Fire Power mencatat Korea Utara memiliki jumlah pesawat dengan 944 buah. Malaysia? Koleksi pesawat Malaysia jauh berada di bawah Korea Utara, yaitu 227 buah. Jumlah armada angkasa Korea Utara meliputi helicopter sebanyak 202 buah dan pesawat tempur sebanyak 458 buah.

Kekuatan Darat Malaysia Digempur Korea Utara

Tank Korea Utara [image source]

Sekarang kita berbicara mengenai kekuatan darat kedua negara. Urusan kekuatan darat Korea Utara masih memegang posisi terkuat. Bahkan Malaysia boleh diganyang habis oleh Korea Utara. Global Fire Power mencatat, Korea Utara memiliki jumlah tank sebanyak 4,200 buah. Malaysia sendiri memiliki jumlah tank yang jumlahnya sangat amat jauh sekali dari Korea Utara. Frasa ‘sangat amat jauh sekali’ memang bener, karena Malaysia hanya memiliki jumlah tank sebanyak 74 buah saja.

Di Laut Korea Utara Juga Tetap Merajai

Ilustrasi kapal Korea Utara [image source]

Untuk kekuatan laut, Korea Utara juga masih merajai. Jumlah kekuatan laut Korea Utara hampir berjumlah 1,000 buah, tepatnya sebesar 967. Dengan kekuatan ini, tentu saja jika terjadi peperangan, dari segi kelautan Malaysia bisa tenggelam dengan mudah. Di segi angkatan laut pun, Malaysia terpaut jauh dengan Korea Utara. Malaysia hanya memiliki armada laut sebanyak 61 buah.

Melihat dari kekuatan militer Korea Utara dan Malaysia, sudah tentu dari segi kekuatan Korea Utara menjadi juara. Namun, apa yang ada pada statistik belum tentu terwujud di kenyataan. Terlebih lagi, kita berharap agar peperangan antara negara manapun tak terjadi.

Kesimpulan yang dibuat penulis itu, memang benar.  Realitinya akan berbeza di antara negara kerana negara bukan wujud secara bersendirian.

Dari segi keselamatan wilayah, Malaysia bukan sahaja berjiran dengan negara yang bersedia membantu kerana keselamatan sesebuah negara akan menjejaskan negara jirannya, apa lagi Malaysia mengamalkan polisi berbaik-baik dengan semua jiran.

Malaysia juga merupakan salah sebuah negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang ditandatangani Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Malaysia juga diduduki pelabur-pelabur dari negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China dan mereka tentu sekali akan menjaga aset mereka di negara ini, dan ini salah satu strategi serampang dua mata untuk Malaysia yang telah dilaksanakan sejak zaman Tun Razak.

Anak Tun Razak yang jadi Perdana Menteri tentu lebih mengetahui dan kita sebagai rakyat, marilah sama-sama memberi sokongan penuh kepada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan kekusutan yang dicipta oleh negara mereka.

end.

Advertisements

2 thoughts on “Analisis Ketenteraan Malaysia – Korea Utara: Warga Malaysia Wajib Sokong Perdana Menteri

  1. Sebagai anak (MALAYSIA) negara ini bukan senang boleh dijajah sesiapapun dari segi kekuatan aset pertahanan memang korea utara agak canggih.Jadi ini membuka mata kepada kerajaan agar terus menguatkan pertahanan dari segi tenaga kerja‚aset pertahanan darat,laut dan udara.Kita tidak inginkan perang bukan kerana kita takut tetapi semata mata mahukan keamanan dan kesejahteraan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s