ILmu Kebal Tak Jadi, Peluru Tembusi Dahi Anggota Samseng Baru Di Kajang


Siasatan awal polis mendapati seorang peniaga yang ditemui mati di sebuah rumah teres tiga tingkat di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang kelmarin datang ke situ dipercayai untuk menjalani upacara angkat sumpah bagi menyertai satu kumpulan haram bersama beberapa rakannya.

Sumber berkata, sepucuk pistol jenis revolver yang digunakan dalam kejadian itu diperoleh secara haram dan merupakan milik suspek utama kes tersebut yang telah diberkas bersama 12 yang lain di dalam rumah berkenaan.

Antara lain yang ditahan termasuk isteri dan pembantu rumah suspek utama terbabit.

Katanya, mangsa berusia 39 tahun tersebut datang ke rumah itu bersama sembilan rakannya dengan tujuan hendak mencari perlindungan dengan menganggotai satu kumpulan samseng.

“Kita sedang siasat sama ada tembakan itu dilepaskan untuk menguji ilmu kebal atau suspek tidak menyedari di dlam pistol itu masih terdapat peluru kerana upacara mengangkat sumpah itu memerlukan suspek mengacukan senjata api pada kepalanya.

“Siasatan juga menjurus kepada kemungkinan mangsa dan suspek sedang menguji ilmu kebal yang telah diamalkan namun tidak menjadi. Bagaimanapun, polis sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian itu,” katanya kepada Kosmo, semalam.

Semalam, dilaporkan Sahdan Ishak, 39, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tembakan tepat pada dahi di sebuah rumah teres tiga tingkat di Bnadar Tun Hussein Onn, pada jam 3 pagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s