“Kita Akan Lawan UMNO Dalam PRU-14” – Mohd Amar

PAS bertegas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dari segi pakatan politik dalam pilihan raya akan datang, sebaliknya kerjasama berlaku hanya dalam bidang pentadbiran, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kenyataan beliau bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang tidak menolak kerjasama dengan PAS dalam PRU-14.

Pelawaan Najib nampaknya tidak disambut dan PAS memilih untuk bersendirian yang besar kemungkinan akan menyebabkan Kelantan akan terlepas kali ini seperti yang dijangkakan oleh penganalisis politik.

Sedangkan pelbagai jenis kerjasama boleh dilakukan dalam memastikan PAS kekal memerintah Kelantan seperti bekerjasama secara dasar agar kerusi dewan undangan negeri (DUN) diberikan kepada PAS, manakala kerusi Parlimen diberikan kepada UMNO yang memungkinkan ada pemimpin UMNO yang akan dilantik menjadi menteri, setrusnya melimpahkan program pusat ke engeri Kelantan.

Malam semalam, seperti dilaporkan dalam portal Astroawani, Mohd Amar menegaskan kerjasama antara UMNO dan PAS hanyalah antara kerajaan dengan kerajaan, bukan kerjasama politik.

“Jika hal berkaitan kepentingan negara,Islam, dan semua rakyat, memang kita akan bekerjasama tetapi ianya hanya antara kerajaan, tiada kerjasama politik.

“Kita akan lawan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14,” kata beliau ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Taman Melewar, Batu Caves petang tadi.

Apabila ditanya mengenai proses rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Amar berkata ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Kami masih lagi berbincang. Tiada keputusan lagi dibuat,” jawab beliau.

Selain itu, beliau juga memberi reaksi kepada pertanyaan sama ada perlu atau tidak kerjasama politik berasaskan negeri antara parti-parti politik diwujudkan.

“Itu yang sedang dibincangkan. Kami sudah meminta negeri untuk melihat potensi keperluan untuk perkara itu dibuat.

“Selepas dikumpul, Pas Pusat akan menilai semula semua cadangan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s