Polis Masih Cari Bukti Kes Pemandu Langgar 8 Remaja lelaki, 17 FEBRUARI LALU

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan terburu-buru mendakwa pemandu yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja lelaki berbasikal di Johor Bahru, Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata PDRM perlu memastikan segala bukti dalam kes ini dikumpulkan, kemudian tindakan sewajarnya diambil bergantung kepada bukti yang ada dalam masa terdekat.

“Saya sendiri tengok dan panggil pegawai yang mengendalikan kes itu. Banyak perkara yang perlu diambil kira, barang kes harus diteliti oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

“Kita tidak mahu terburu-buru dalam kes ini kerana ia besar, membabitkan lapan nyawa. Kita kena pastikan semua berjalan baik. Semua jabatan sedang melengkapkan laporan yang kita perlu daripada mereka,” katanya.

Dalam kejadian itu, lapan remaja maut, lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini, awal pagi tadi.

Mereka yang terbunuh ialah pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun dalam kejadian pada jam 3 pagi itu.

Beliau berkata, jika ia dilakukan dengan tergesa-gesa, sudah pasti lebih sukar membuat pendakwaan tanpa bukti kukuh malah ia satu penganiayaan terhadap keluarga mangsa.

“Kita tidak boleh menjalankan siasatan secara ambil mudah sahaja. Kita kena pastikan mereka yang bersalah diambil tindakan dan mereka yang jadi mangsa dapat pengadilan sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini, netizen mempertikaikan pemandu dalam kes itu yang masih belum didakwa walaupun mengakibatkan lapan kematian sedangkan warga Singapura yang menyebabkan kematian rakyat Malaysia dalam kemalangan di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) di negara itu, Sabtu lalu sudah dihadapkan ke muka pengadilan awal minggu ini.

 

– Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s