Moga Sultan Johor Realisasikan Sekolah Bangsa Johor

TIADA LAGI SEKOLAH CINA, TAMIL DI JOHOR

ALANGKAH manisnya jika sempena  Hari Keputeraan baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang disambut Khamis ini turut memberikan hala tuju terhadap Sekolah Bangsa Johor yang pernah dicetuskan pada September tahun lalu dimuktamadkan, atau diberikan hala tuju pelaksanaan sesegera mungkin.

Ketika Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor mencadangkan penubuhan Sekolah Bangsa Johor sebagai model untuk sekolah yang berjaya membentuk perpaduan, tiada suara keras menentangnya berbanding jika perkara sama disuarakan oleh orang lain.

Ini satu petanda yang sangat bagus kepada pembentukan negara bangsa yang pernah dicita-citakan oleh kebanyakan nasionalis dahulu termasuk pembentuk Laporan Rahman Talib, Laporan Razak hatta hingga terhasilnya Akta Pelajaran 1961.

Sesungguhnya sejarah menyaksikan hanya Sultan Johor yang mampu merealisasikan perkara ini.

Jika Johor berjaya melaksanakan cita-cita ini dan negeri lain akan melihat kejayaannya, tidak dapat tidak seluruh Malaysia akan emnyaksikan tiada lagi sekolah vernakular dalam 10 atau 30 tahun akan datang.

Ketika cita-cita pemimpin berkenaan diutarakan di negara ini dahulu penentangan luar biasa sangat ketara, khususnya di kalangan kaum Cina melalui persatuan pendidikannya seperti Dong Jia Zhong (DJZ).

Persatuan itu pula sangat berkuasa sehingga mampu mempersujudkan parti politik dalam negara termasuk MCA, Gerakan, DAP dan kini kaum Cina dalam PKR.

Menjadi satu jenaka apabila tiba-tiba Ketua Penerangan UMNO, Datuk Annuar Musa dan Datuk Seri Nazri Aziz pula bermati-matinya membela peperiksaan sekolah aliran Cina persendirian atau UEC, sekali gus mahu memperkukuhkan pendidikan Cina di negara ini.

Bukan sahaja ditentang hanya satu aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan seperti diamalkan oleh mana-mana Negara dalam dunia hari ini termasuk Negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, malah rekayasa social melalui cadangan Sekolah Wawasan yang menghimunkan tiga sekolah dalam satu kawasan, ditolak mentah-mentah.

Berlainan sekali dengan idea yang dicetuskan dari Istana Johor, hamper tiada suara menentang – maka, bolehlah dibuat kesimpulan, Sekolah bangsa Johor diterima sebulan suara oleh semua bangsa Johor, malah kebanyakan rakyat Malaysia mahu melihat model ini Berjaya membentuk Johor yang kuat lagi bersatu padu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rakaman video Dialog Bersama Tunku Mahkota Johor yang disiar melalui Facebook Johor Southern Tigers, September lalu menyebut:

“Saya berharap dalam masa terdekat, tak kisah tahun ini, tahun depan atau tahun akan datang, kerajaan Johor sendiri yang akan memberi modul pelajaran kepada anak-anak Johor.

“Pada masa akan datang, tak akan ada lagi sekolah (jenis kebangsaan) India, Cina, Melayu di negeri Johor. Sekolah agama masih ada untuk agama kita tetapi (kita wujudkan) Sekolah Bangsa Johor,” katanya.
Beliau menyifatkan sekolah jenis kebangsaan yang wujud hari ini tiak menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar.
“Kita buat bangsa Johor, Malaysia pun ada 1Malaysia. Awak beri saya satu jawapan, mana dia 1Malaysia?
“Awak ada sekolah India, Cina dan Melayu. Daripada kecil awak dah ajar dia jangan bersatu. Lepas itu, dia dah besar, awak suruh dia bersatu,” katanya.

https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fjohorsoutherntigers.com.my%2Fvideos%2F678437155652920%2F&show_text=0&width=560

Dalam pada itu katanya, setiap rakyat di negara ini sepatutnya dididik untuk menghormati agama dan kaum lain serta diajar cara untuk bersatu sejak kecil.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai memberi maklum balas berkata, Kementerian bersedia mengkaji cadangan ini.
Antara langkah-langkah awal yang perlu dilakukan:

  1. Wujudkan kurikulum baru untuk Sekolah Bangsa Johor. Dicadangkan, mengambil model sekolah di Amerika Syarikat atau United Kingdom, termasuk menyesuaikan kurikulum dan tidak lagi pentadbiran secara berpusat seperti sekarang.
  2. Kurikulum mestilah tidak terlalu membebankan pelajar dan guru. Sekarang ini terdapat sekitar 10 subjek dengan silibus yang terlalu berat dan panjang. Paling ideal ikut sahaja cara pendidikan, kurikulum dan cara pedegogi guru di Negara maju.
  3. Dicadangkan juga bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris.
  4. Cairkan semua sekolah vernakular kepada Sekolah Bangsa Johor
  5. Perancangan penempatan pelajar seimbang terhadap sesebuah sekolah dengan komposisi kaum yang munasabah agar mereka dapat bergaul dan mengenali antara satu sama lain sejak dari kecil.
  6. Mulakan di peringkat Tahun satu hingga Tahun lima (tidak perlu 6 tahun untuk sekolah rendah, 5 tahun dah cukup).

Jika beberapa perkara ini dapat dilaksanakan, tentu sekali akan berboncong-bondong warga negeri lain mahu menjadi bangsa Johor dan tinggal di Johor!

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s