Hadiah Pertandingan ‘Kit Siang Rasis’ Naik Ke RM50,000

Tan Sri Annuar Musa melipatgandakan hadiah untuk pertandingan menulis bertemakan dakwaan rasisme pemimpin DAP Lim Kit Siang kepada RM50,000.


Ketua penerangan Umno mengumumkan perkara itu dalam kenyataan terbaru hari ini, beberapa jam selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya pagi tadi.

“Honorarium/hadiah untuk pihak yangmengemukakan bahan/fakta/penulisan berkaitan pegangan politik YB Lim Kit Siang dinaikkan kepada RM50,000 (hasil sumbangan Hamba Allah),” katanya.

Tajuk pertandingan juga diubah sedikit dengan memasukkan sekali bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkritik utama kerajaan.

Annuar juga menambah empat kategori untuk pertandingan itu, iaitu tulisan di blog, artikel di media, video pendek dan infografik.

“Sila hantar kepada Jabatan Ketua Penerangan Umno, PWTC, KL. Hadiah hadiah berjumlah RN50,000 menanti anda,” katanya.

Bagaimanapun, katanya penyertaan tidak boleh memasukkan kandungan yang menyalahi undang-undang. – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s