PAS Ambil Balik Gombak, Azmin Lari Ke Pandan


MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidaK berani untuk mempertaruhkan kredibilitinya untuk bertanding di Parlimen Gombak dalam keadaan tiada sokongan akar umbi PAS.

Azmin akan kalah di Gombak.

Satui lagi pilihan buat Azmin ialah bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak tetapi di situ terdapat bayangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tempat agak selesa kepada Azmin ialah bertaqnding di kerusi Parlimen Pandan, tempat Rafizi Ramli yang bakal dikosongkan oleh penyandang kerana mempunyai kes mahkamah yang tidak membolehkan beliau bertanding.

Dalam pilihan raya akan datang, senario agak berbeza daripada pilihan raya lalu kerana rata-rata penyokong PAS yang begitru komited telah mengorbankan perjuangan dengan memberi undi kepada PKR, tetapi kini PKR memperlecehkan usaha PAS seolah-olah parti itu tidak menyumbang apa-apa kepada kemenangan PKR.

Dalam Malaysiakini hari ini dilaporkan PAS mahu mengambil kembali kerusi yang menurutnya dipinjamkan kepada PKR di Selangor.

Ini, termasuk parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan PAS di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan kerjasama politik de­ngan PKR, lapor akhbar Umno Utusan Malaysia.

“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubu­ngan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.

“Kalau putus (hu­bungan PAS dan PKR) bukan sahaja di Se­langor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Tanpa menamakan, Azmin Selasa lalu mempersendakan kekuatan seorang ‘tok lebai’ yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.

Nik Abduh kalah teruk dengan 37 undi pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Tulisan Azmin itu juga mengundang kemarahan meluas akar umbi PAS.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s