Terengganu Tawar Tanah Terbiar Untuk Rakyatnya Usahakan

JERTIH: Kerajaan Terengganu akan membuka tawaran kepada rakyat negeri ini untuk mengusahakan tanah terbiar milik kerajaan di seluruh negeri dengan pelbagai projek pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi  negeri, Datuk Muhammad Pehimi  Yusof berkata, kerajaan negeri sedang mengenal pasti tanah terbiar milik kerajaan di seluruh negeri untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, tanah tersebut nanti akan ditawarkan kepada pemohon yang berminat bercucuk tanam dengan memberikan mereka Lesen Menduduki Sementara (LMS).

“Tawaran akan diberikan kepada rakyat negeri ini tanpa mengira had umur dengan syarat mereka benar-benar ingin mengusahakan tanah tersebut untuk sebarang projek pertanian

“Program ini akan dilaksana sebaik sahaja proses mendapatkan data tanah yang kosong itu selesai tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan minum pagi (ngeteh) dengan penoreh getah anjuran Risda Besut di Kampung Alor Saji dekat sini semalam. – Sinar

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.