Terengganu Jadi Sarang Maksiat Yang Sensasi

KUALA TERENGGANU: Berbanding dengan negeri lain, Terengganu mencatatkan laporan berita maksiat sensasi yang berlaku dua tiga kali seminggu memberi gambaran betapa negeri itu telah menjadi sarang maksiat.

Dari sati segi lagi, gambaran yang dipancarkan melalui media memperlihatkan pihak berkuasa agama gagal membendung perbuatan berkenaan atau mungkinkah untuk memperlihatkan betapa undang-undang sekarang tidak menakutkan pembuat dosa.

Maksud maksiat sensasi ialah perbuatan yang dilaporkan mengandungi unsur yang menarik minat orang ramai untuk membacanya.

Dari satu sudut pandang lagi menunjukkan pihak berkuasa agama Terengganu paling aktif dalam membendung maksiat yang berlaku di negeri penyu itu.

Contohnya, berita semalam:

“Suami cekup isteri curang, ditemui bogel di bilik hotel”

Dan, penceritaannya juga menarik seperti ditulis dalam Sinar selepas melakukan intipan, seorang suami mencekup isterinya yang curang dengan teman lelaki di sebuah hotel di Kuala Nerus.

Suami itu, 30-an, mencurigai isterinya yang hampir setiap hari keluar bersama lelaki itu atas alasan “urusan perniagaan”, lapor Sinar Harian.

Beliau hairan isterinya yang kini “kuat melawan dan mengamuk” jika pertemuan dihalang, kata pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Kecurigaan si suami membuak melihat lelaki itu mengambil isterinya, 27, di depan rumah mereka pada pagi Selasa lalu, kata Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

Lelaki tersebut diam-diam mengekori kereta yang dinaiki isterinya sebelum melihat wanita itu masuk ke sebuah hotel dengan lelaki itu.

“Meskipun terlalu marah dan kecewa dengan sikap isterinya, lelaki itu tidak mahu bertindak sendiri kerana bimbang akan keselamatan dirinya sebelum mengambil keputusan menghubungi penguatkuasa,” katanya.

Pasangan itu dalam keadaan bogel ketika diserbu penguatkuasa JHEAT.

Kes disiasat bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu kerana cubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Selain kes ini, ada beratus lagi kes sensasi seumpama ini. Ini termasuklah:

“Terengganu: Guru ditangkap dalam semak”

“Pelajar pondok ditangkap khalwat dengan pasangan di Terengganu”

“Seorang kakitangan awam terjun tingkap di Terengganu elak ditangkap”

“Janda ditangkap Kkhalwat dengan bangla di Besut”

“Pasangan kekasih dicekup dalam keadaan berbogel”

“Terengganu: Pengetua sekolah mengtaku khalwat dengan isteri orang”

“17 pasangan ditangkap khalwat sempena tahun baru di Terengganu”

Mungkin gambaran itu tidak mencerminkan realiti sebenar tetapi jika negeri itu sahaja dilaporkan hal berkenaan bertubi-tubi, menunjukkan teruknya negeri penyu berbanding negeri lain.

Mungkin kerajaan negeri dan jabatan agama mempunyai alasan tersendiri dan merekalah yang boleh mengatasi masalah ini sama ada melaksanakan serbuan tanpa dimaklumkan kepada media, atau mengurangkan serbuan atau meneruskan dengan menjemput semua media dengan menghadiahkan kesensasian beritanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s