Apakah UMNO Pondan Apabila Gagal Bentang RUU 355 ?

APAKAH UMNO yang menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) dianggap pondan apabila gagal membentangkan  Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, sebagai mana diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lalu?

Pembentangan RUU 355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn semalam. mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan  RUU 355.

Najib berkata, keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.

“RUU ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada speaker untuk menentukan (bila dibentangkan), bergantung pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Jika speaker putuskan untuk membenarkan RUU 355 dibentang, maka ia akan dibentangkan dan speaker juga akan memutuskan peraturan mengenai (pembentangan) RUU itu.

“Kita tidak akan bentang dan tentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU 355 ini adalah rang undang-undang persendirian,” katanya.

Kemarahan umat Islam agak memuncak dengan perkara yang dianggap kegagalan ini, dan UMNO dilihat mengalah kepada komponen yang menentang RUU 355 seperti MCA, GERAKAN, MIC dan seluruh BN Sarawak.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, dengan cepat memberi komen yang memperlihatkan kekecewaan yang sangat luar biasa.

“PM dilihat ‘tidak ambil kisah’ usul YB Marang walaupun sebelum ini beria-ia menyokong. Ironinya Akta 164 yang menjejaskan aqidah anak mualaf pula telah dibentang untuk bacaan kali pertama walaupun bertentangan dengan Perlembagaan.

“Bertempik bersorak gembira terkinja kinja golongan yang tidak mahukan Islam manakala umat Islam arusperdana sudah diberi isyarat jelas bahawa Kerajaan tunduk kepada kemahuan golongan liberal dan tidak boleh diharapkan lagi memelihara Islam pada setiap masa sebgaimana sumpah Yang DiPertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan,” tulisnya dalam FB.

Penentangan itu bukan sahaja dalam komponen BN tetapi begitu hebat di kalangan pembangkang khususnya DAP.  Dari segi komponen pembangkang, PKR, AMANAH dan BERSATU bersujud kepada DAP, walaupun DAP bukannya ketua pembangkang.

 

Dari segi kedudukan kerusi, DAP memanglah ketua kepada semua pembangkang di negara ini.  Kedudukan kerusinya di Dewan Rakyat sebanyak 37 berbanding dengan PAS (14), PKR (29) dan AMANAH (96).

Dari segi kedudukan kerusi BN, selepas pilihan raya PRU-13, menunjukkan kedudukannya 134 kerusi tetapi apabila ditolak dengan mereka yang menentang RUU 355, maka kedudukannya tidak mencukupi untuk melepaskan RUU 355 kerana untuk melepaskan sesuatu akta memerlukan majoriti mudah iaitu 112.

Untuk memenangi emosi memanglah boleh dibuat tetapi kesannya kepada politik janga panjang tentu lebih buruk daripada kemenangan emosi.

Presiden PAS kini nampak sudah memahami realiti semasa dan beliau selalu bercakap mengenai ‘politik matang’ supaya tidak ‘menang sorak, kampung tergadai’.

UMNO hanya ada 70 kerusi sahaja dan jika dicampur dengan PAS yang hanya kini ada 14 sahaja kerusi, maka hanyalah ada 84 kerusi dan jika dicampur dengan UMNO Sabah yang hanya ada 13 kerusi, maka baru 97.

Berbanding dengan pilihanraya ke-11 apabila UMNO sendiri memenangi kerusi majoriti mudah iaitu 111 kerusi, tetapi kini senario politik berubah dan memang indahnya politik kerana bersifat dinamik.

Pilihannya untuk mereka yang kini tinggi suhu kemarahan kerana kegagalan membentaangkan RUU 355 ialah memberi undi hanyalah kepada UMNO atau PAS untuk memungkinkan kejayaan dalam memartabatkan Islam di negara ini.

Tiada Pilihan lain. Full Stop.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s