TMJ Sedang Rancak Revolusikan FAM

REVOLUSI sedang rancak berlaku di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebaik sahaja Presiden baharunya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai persatuan itu bagi memulihkan semula pasukan yang pernah terbilang suatu ketika dulu.

Tidak ada pilihan buat TMJ melainkan perlu melakukan sesuatu perkara di dalam kotak dan di luar kotak, untuk mengubah kedudukan semasa kepada kedudukan yang boleh membanggakan rakyat negara ini.

Jika tiada berlaku perubahan struktural dan perubahan dari segi pencapaian, maka nama baik TMJ sendiri akan tercemar apa lagi beliau begitu lantang pernah mengkritik FAM.

Terbaru, FAMmenamatkan perkhidmatan seramai 20 orang kakitangannya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, barisan kepimpinan badan induk bola sepak negara itu bertindak demikian untuk menyusun semula organisasi FAM.

“Ia bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan. Seramai 20 orang kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan dalam FAM untuk memastikan perjalanan organisasi ini mencapai hala tuju sepatutnya.

“Mereka telah dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15hb April ini.

“Untuk makluman semua, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang dipilih sebagai peneraju baru FAM memberi gambaran beliau akan melakukan rombakan drastik terhadap persatuan itu termasuk mengurangkan kakitangan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Malah, Tunku Mahkota Johor itu juga bertindak menukar ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan dengan mengambil Mario Gomez bagi menggantikan posisi Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee pula diberi tugas bagi mengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara sekali gus menggantikan posisi Frank Bernhardt.

Hari ini juga, skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan gelaran Harimau Malaya, bagi menggantikan nama Harimau Malaysia yang diguna pakai sekarang.

Hamidin berkata, penukaran nama tersebut merupakan titah TMJ.

“Ia juga selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan di zaman kegemilangan bola sepak.

“Oleh itu, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuat kuasa serta-merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM,” katanya dalam satu kenyataan di halaman rasmi FAM di Facebook yang dilaporkan mStar.

Hamidin berkata, semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan memberi sinaran baharu untuk pembangunan bola sepak tanah air jangka panjang.

Pada Februari 2016, FAM mengumumkan nama Harimau Malaysia sebagai gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan bagi menggantikan Harimau Malaya.

Berdasarkan sejarah, nama gelaran Harimau Malaya itu pada asalnya merujuk kepada penyerang kebangsaan era 1940-an hingga 1950-an, Allahyarham Dollah Don (nama sebenar Abdullah Mohd Don) apabila gelaran tersebut diberikan kepada beliau oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno selepas menyaksikan kehebatannya dalam satu perlawanan pada tahun 1953.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya terus melekat kepadanya sehingga skuad kebangsaan Malaysia turut digelar sebagai Harimau Malaya selama lebih 50 tahun.

Namun dilaporkan bahawa gelaran Harimau Malaya itu sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya tersebut sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s