Ahli Perniagaan Jertih Hilang Wang Tunai RM80,000 Diletakkan Dalam Kereta

JERTIH: Seorang ahli perniagaan kerugian RM80,000 selepas wang yang diletakkan dalam kereta dilarikan penjenayah di bandar Jertih, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian tersebut berlaku selepas seorang pekerja kepada ahli perniagaan itu baru sahaja mengeluarkan wang dari sebuah bank di sini untuk membayar gaji pekerja.

Menurutnya, sebelum itu, pekerja berusia 28 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di syarikat itu telah diminta oleh majikannya untuk menukarkan sekeping cek RM100,000 oleh majikannya kira-kira jam 11 pagi.

“Setelah menukarkan cek , pekerja terbabit memasukan wang RM20,000 ke akaun lain atas arahan majikannya manakala baki wang RM80,000 lelaki itu simpan di dalam beg galas kemudian diletakkan di tempat letak kaki penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira milik syarikat,” katanya.

Mohd Zamri berkata lagi, selepas itu lelaki terbabit pergi membayar bil tertentu dan selesai urusan tersebut, dia pergi ke kereta dan mendapati pintu belakang kereta terbuka manakala beg galas miliknya berisi wang tadi telah lesap.

Menurutnya, lelaki yang beralamat di Rumah Kos Rendah Alor Lintang dekat sini kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Jertih. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s