Ketua Pemuda PKR Adam Rosly Dilokapkan di SPRM


KETUA Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Adam, 29, akan berada di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga 18 April selepas Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman meluluskan permohonan reman terhadapnya.

Beliau diwakili peguam, Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Othman.

Adam ditahan di ibu pejabat SPRM selepas memberikan keterangan pada Khamis.

SPRM menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.


Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.

Beliau juga memperoleh gelaran Datuk yang dikurniakan Pahang kerana sumbangannya kepada beberapa projek di negeri berkenaan. -mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s