Dr Zakir Naik Miliki Status PR Sejak 5 Tahun Lalu – TPM

PENDAKWAH terkemuka, Dr Zakir Naik memiliki status Pemastautin Tetap (PR) di Malaysia sejak lima tahun lalu, demikian disahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun bukan Malaysia sahaja menjadi negara yang didiami ulama yang menerajui Yayasan Penyelidikan Islam itu.

“Zakir Naik memiliki PR Malaysia, tetapi bukan status kewarganegaraan, beliau menetap di negara lain juga,” katanya kepada media pada Selasa.

Pada November 2016, Kementerian Dalam negeri menafikan laporan media India mengenai ulama itu menerima kewarganegaraan Malaysia sebagai pakej apabila dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiada sebab untuk pihak berkuasa negara ini untuk menyiasat Zakir, sebaliknya akan memberikan bantuan kepada pihak di India jika kedua negara persetujuan bersama.

Pada 15 April lalu, Hindustan Times melaporkan pihak berkuasa India telah memfailkan saman terhadap Aamir Gazdar yang juga orang kepercayaan Zakir dan juga syarikatnya, Harmony Media Ltd kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Saman 1,000 muka itu turut menyenaraikan Zakir sebagai tertuduh dalam kes berkenaan. -mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s