Susur Denai dan Kota – Sebuah Cerita Hasra

Oleh Hasra

Dari seorang budak kampung, hariannya di kampung, dia berjalan menyusur denai. Kampungnya jauh, begitu jauh terperusuk ke dalam – di hutan pekat Pahang. Dia tak pernah ke bandar. Tak pernah. Dia tak pernah menyusur langkah di jalan berturap tar. Hanya denai yang dia kenal. Denai menjadi peta hidupnya setelah keluar dari pondok penempatan. Dia seorang Melayu. Kedua ibu bapanya Melayu. Di sepanjang denai-denai yang dia susur setiap hari, dia berinteraksi dengan burung, dengan monyet di dahan-dahan pokok, dengan tenggiling yang selalu menarik perhatiannya dan dengan tumbuh-tumbuhan dia rentas dia juga turut berinteraksi dengan dipandu rasa ingin tahu yang kuat. Dia fasih berhubung dengan lingkungan harian hidupnya. Malah kadang-kadang dia mencipta perkataan-perkataan baru dari interaksinya dengan sempadan hidupnya – dengan denai, tumbuh-tumbuhan, haiwan, bunyi-bunyian hutan, bintang di kala malam dan sebagainya.

Wartawan1: Adakah sinopsis tadi menceritakan kisah awak waktu kanak-kanak?

Hasra: Ya, sebahagiannya.

Wartawan11: Berapa lama tempoh professor di sana? Maksud saya menjalani kehidupan harian seperti digambar sinopsis di atas…

Hasra: Sehingga saya remaja. Mungkin sehingga saya umur 15, 16 atau 17 tahun. Saya tak pasti secara tepat sebab saya tidak ada sijil lahir.

Wartawan1: Bagaimana awak boleh menguasai huruf dan perkataan, dalam sinopsis tadi tidak diceritakan pasal sekolah dan sebagainya?

Hasra: Kedua ibu bapa saya celik perkataan. Dari cerita mereka, saya mula belajar huruf dan perkataan sejak saya mula boleh bercakap. Kalau diambil sampel kanak-kanak sekarang, mungkin pada ketika itu saya baru berumur 3 tahun.

Wartawan11: Waktu kedua ibu bapa professor pindah ke kota semula, jadi pada masa itulah baru professor bersekolah?

Hasra: Tak. Saya tak pernah bersekolah.

Wartawan11: Jadi macam mana professor memperoleh pengetahuan? Macam mana professor menjadi seorang pakar dalam bidang yang professor tekuni sekarang?

Hasra: Bila saya tiba di kota, setelah ibu bapa saya membawa saya bersama, saya masih meneruskan cara hidup harian yang sama seperti ketika saya masih dalam hutan pekat yang jauh di sana. Yang berbeza hanyalah keadaan di sekeliling saya. Dulu saya menyusur denai, harian saya bersama tumbuh-tumbuhan meliar, haiwan, bintang-bintang di atas langit pada waktu malam dan sebagainya. Ya sekarang saya berada dalam lingkungan yang tidak sama lagi, namun ia tidak mengubah bagaimana interaksi harian saya. Nature interaksinya masih sama.

Wartawan1: Adakah awak tidak mengalami kejutan? Bukankah segalanya seratus peratus baru?

Hasra: Hmmm, macam mana ya? Seingat saya saya didedah sejak awal-awal lagi untuk menyerap perbezaan. Di dalam hutan sana pelbagai perbezaan ada, mungkin awak berdua pun tak dapat gambarkan betapa luasnya perbezaan yang ditangkap oleh pancaindera saya setiap hari. Dan waktu saya dan kedua ibu bapa saya berkumpul, waktu makan misalnya, kami sentiasa bercerita tentang perkara-perkara baru yang kami jumpa.

Wartawan1: Awak tidak pernah rasa bimbang yang awak tidak akan dapat menyesuaikan diri hidup di kota?

Hasra: Saya tahu perkataan bimbang. Cuma saya tak pernah dengar ia keluar dari mulut kedua ibu bapa saya, menanam bimbang pada saya, jadi saya tak ada latar belakang yang boleh saya kaitkan. Ia seperti perkara asing dalam hidup saya.

Wartawan11: Adakah professor rasa kehidupan professor sekarang lebih baik dari dulu?

Hasra: Sama. Yang tidak sama hanyalah lingkungan hidup saya sekarang. Waktu di sana saya rasa baik, di sini pun saya rasa baik. Saya okay.

Wartawan1 & wartawan11: Terima kasih.

Hasra: Kembali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s