Rafizi Nafi Beliau Seorang Homoseksual

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan dakwaan Raja Petra yang mengaitkan beliau sebagai seorang homoseksual bukanlah perkara baharu.

Kata Rafizi, perkara ini sering diulang tayang, tambahan pula beliau kini sedang giat mendedahkan isu-isu yang menakutkan musuh politiknya.

“Sama seperti fitnah-fitnah berhubung seks yang lain, tidak ada apa-apa bukti selain dokumen Microsoft Word yang direka-reka itu.

“Salah satu dari email itu kononnya dari Dr Rahim Ghouse, sahabat baik saya kepada saya menasihatkan saya mengenai “skandal” saya sedangkan Dr Rahim Ghouse tidak pernah pun menghantar email itu dan tidak tahu menahu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, demikian bagi mengulas tulisan baharu Raja Petra mengenai ahli parlimen Pandan itu, yang mendakwa Rafizi menjalin hubungan dengan beberapa lelaki muda.

Dalam pada itu Rafizi berkata beliau kini cukup bahagia dengan keluarganya.

“Saya seorang bapa dan suami yang mempunyai isteri dan anak yang cukup istimewa. Kami sekeluarga sangat bahagia,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga tidak berniat untuk melayan seorang penulis upahan yang muflis dan duduk di United Kingdom kerana tulisan beliau tidak pun ada pengaruh dengan rakyat.

“Menjawab tuduhan liar beliau sama seperti memberi pembesar suara kepada beliau.

“Saya telah memulakan tindakan saman terhadap beliau. Saya hanya akan menjawab beliau di dalam mahkamah, jadi jika beliau seorang yang kukuh pegangan Islamnya bolehlah beliau balik berdepan dengan saya di mahkamah,” katanya lagi.

Justeru katanya, jika benar dakwaan Raja Petra itu, sudah tentu beliau ditangkap dan didakwa di mahkamah.

“Kerana yang tiada bukti pun diada-adakan, apatah lagi jika yang ada bukti,” sinisnya. – Sinar Harian, 27/4/17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s