Peniaga Di Sungai Petani Terkejut Bank Tersilap Masuk Ke Akaunnya RM100,000

SEORANG peniaga kedai kopi terkejut apabila mendapat panggilan dari sebuah bank tersilap memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke dalam akaun peribadi miliknya Khamis lalu.

Ah Seng, 28, (bukan nama sebenar) dari Padang Temusu di Sungai Petani menjelaskan dia membuat urusan di bank terbabit pada 27 April lalu, namun tidak langsung menyedari kesilapan yang berlaku.

“Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.

“Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun,” katanya.

Katanya, hampir jam 4 petang Jumaat lalu, pihak bank ada hubunginya memaklumkan tersalah memasukkan wang dan meminta agar peniaga itu memulangkan wang tersebut.

Ah Seng kemudian memeriksa semula resit pengeluaran yang dilakukan lebih awal yang masih dalam simpanan dan membuat pemeriksaan akaun secara atas talian namun terkejut mendapati jumlah baki di bank ialah RM98,688.55.

Disebabkan berada di luar kawasan, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja pulang ke Sungai Petani.

“Pagi semalam (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna.

“Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan,” katanya. – Sinar Harian Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s