Pandangan Peguam Muslim: Kes Pamandu Camry Dibelasah Bunyikan Hon Bertubi-tubi Ketika Solat Jumaat

SEORANG peguam, Aidil Khalid berpendapat perbuatan memukul seseorang itu tanpa hak munasabah untuk memukul merupakan suatu perbuatan jenayah yang boleh dikenakan hukum,an mengikut kanun keseksaan.

Bagaimanapun, beliau juga berpendapat perbuatan membuntikan hon bertalu-talu ketika umat Islam menunaikan solaty juga merupakan satu kesalahan jenayah.

Tulisan penuh beliau dalam FB seperti berikut:

1. Tindakan beberapa jemaah solat Jumaat di Johor Bahru yang beramai-ramai membelasah pemandu Toyota Camry kerana membuat bising dengan membunyikan hon keratanya bertalu-talu, adalah suatu jenayah. Kita tidak boleh mengambil undang-undang di tangan kita sendiri, kerana kerja menghukum adalah kerja pihak berkuasa, dan bukan orang ramai.

2. Pun begitu, kita juga perlu melihat isu ini secara holistik. Selain tindakan memukul pemandu tersebut adalah salah, tindakan memprovokasi yang dilakukan oleh pemandu itu dengan membunyikan honnya bertalu-talu ketika solat Jumaat juga adalah satu kesalahan jenayah.

3. Di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan (Akta 574), perbuatan menghasilkan sebarang bunyi “dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang,” adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh 1 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Seksyen 296 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mengganggu perhimpunan yang menjalankan sembahyang, adalah penjara yang boleh mencapai tempoh satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

4. Justeru, bukan sahaja para jemaah tersebut telah bertindak di luar batasan apabila bertindak membelasah pemandu tersebut; tetapi hakikatnya pemandu tersebut sebenarnya telah terlebih dahulu melakukan suatu perbuatan jenayah (jikalah benar seperti yang dilaporkan bahawa dia telah memprovokasi dengan membunyikan hon keretanya bertalu-talu ketika jemaah sedang bersolat Jumaat).

5. Apakala bagi para jemaah tersebut pula, sekiranya nanti ada yang ditahan dan dituduh di Mahkamah oleh pihak berkuasa kerana memukul pemandu tersebut, maka mereka boleh bergantung kepada peruntukan seksyen 334 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan pengurangan hukuman ke atas seseorang yang dituduh menyebabkan kecederaan, jika terdapat bukti wujudnya provokasi di pihak yang dipukul itu.

Dalam laporatn mStar semalam melaporkan di Johor Bharu, Serang pemandu Toyata Camry teruk dibelasah oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana di sini menunjukkan kenderaan jenis Toyota Camry warna putih dikepung oleh orang ramai kerana cuba untuk melepaskan diri.

Dalam dua rakaman video, masing-masing berdurasi 47 saat dan satu minit 10 saat itu pada awalnya menunjukkan kenderaan terbabit cuba berundur tetapi dihalang oleh orang ramai yang dipercayai baru selesai menunaikan solat Jumaat.

Kemudiannya pemandu terbabit cuba melarikan diri namun gagal kerana terlalu ramai jemaah yang sedang keluar dari masjid tersebut.

Ekoran itu, sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakan pemandu itu membunyikan hon, mereka menyepak dan memecahkan cermin kereta Camry tersebut.

Rakaman turut menunjukkan pemandu lelaki yang berkemeja warna merah itu dipukul dengan menggunakan kon keselamatan oleh para jemaah apabila dia keluar daripada kenderaannya.

Menurut dakwaan pemilik akaun Facebook yang bernama Ayie Shukri, kes berpunca apabila kereta Camry tersebut membunyikan hon untuk melalui kawasan yang sesak dengan kendereraan para jemaah.

“Kes berpunca apabila kereta Camry putih ni tak lepas nak lalu sebab jalan depan masjid sempit. Orang parkir di kiri dan kanan jalan,” kata saksi.

Tambahnya, lelaki tersebut masih membunyikan hon biarpun waktu solat Jumaat sudah selesai.

Dipercayai, para jemaah sudah cuba menegur perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu secara baik, namun tidak diendahkan malah cuba melanggar para jemaah yang berada di lokasi berkenaan.

Orang awam yang berang dengan kelakuan lelaki itu mula menghalang keretanya dan meminta agar lelaki tersebut keluar segera tetapi lelaki itu enggan untuk keluar sebaliknya cuba melarikan diri.

Difahamkan, kes itu telah dilaporkan ke Balai Polis Setia Indah oleh kumpulan jemaah yang terlibat.

Malah pihak polis turut mengesahkan tentang kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Nasib pemandu dan penumpang kereta Camry itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini video tersebut yang tular di laman facebook  Malaysian Response Team mendapat tontonan lebih 750,000 selepas dua jam dimuat naik. – Sumber mStar

Advertisements

One thought on “Pandangan Peguam Muslim: Kes Pamandu Camry Dibelasah Bunyikan Hon Bertubi-tubi Ketika Solat Jumaat

  1. Bagi saya pandangan saya ,pemandu camry patut tahu apabila melintas depan masjid ketika waktu sembhyang jumaat ,dan tak perlu la membuat bising ….
    Saya fikir pemandu ini mungkin dberi wang untuk membuat kacau dkawasan masjid …..bole la kita minta siasat kepada pihak polis

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s