Penemuan Keris Alam Melayu Abad ke-18 Di United Kingdom

Oleh Jamalee Bashah (The Patriots)

Hari ini dunia medsos digemparkan dengan penemuan senjata Alam Melayu di Sungai Towy @ Tywi di Wales, United Kingdom.

Ia dijumpai berdekatan tapak Pelabuhan Carmarthen, yang juga merupakan sebuah pelabuhan yang terkenal dahulu. Pelbagai spekulasi mula ‘membiak’ daripada penemuan ini, tetapi pada pendapat kami di The Patriots, ianya terlalu awal untuk membuat sebarang andaian.

Portal DailyMail mengatakan bahawa senjata tersebut berasal dari kurun ke-18 tetapi sejauh mana kebenaran timeline tersebut belum boleh disahihkan kerana belum dibuat carbon dating terhadap bilah senjata tersebut.

Di sebelah kita pula, ia terlalu awal juga untuk mengatakan ia Sundang atau Keris Panjang.

Perbincangan mengenai sama ada ia Sundang atau Keris Panjang ini timbul kerana kedua bilah tersebut membawa prestij etnik berlainan rumpun Melayu.

Tambah lagi, kita belum tahu bagaimana ia boleh berada di situ. Ia boleh jadi melalui pelayaran, atau di bawa balik oleh penjelajah Eropah sendiri.

Apa pun spekulasi, andaian dan teori, kita letak ke tepi dahulu dan bersama-sama kita meraikan berita baik ini, menghargai penemuan ini yang membawa simbol Kepulauan Melayu.

keris tiga

KERIS yang ditemui Andrew di Sungai Towy.

Sementara itu, menurut laporan myspektrum.wordpress.com, seorang lelaki yang sedang menangkap ikan di Sungai Towy di Wales tidak sangka menjumpai sebilah keris berusia beratus tahun dahulu apabila artifak itu tersangkut pada jaring menangkap ikan miliknya.

Keris itu dipercayai dibuat pada tahun 1700 dan kajian serta siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti bagaimana keris itu boleh berada di Sungai Towy dan sudah berapa lama ia berada di situ.

keris dua

Andrew Davies, berasal daripada Carmarthen berkata, ketika beliau sedang menangkap ikan pada suatu malam di Sungai Towy dan ketika jaring diangkat, beliau mendapati wujud sebatang besi berupa seperti pedang terlekat pada jaring menangkap ikan.

“Ketika itu saya sedikit terkejut kerana ini bukan tangkapan biasa, biasanya tangkap ikan tapi kali ini tangkap pedang pula.

keris empat

ANDREW menunjukkan keris berusia beratus tahun dahulu yang ditemuinya.

“Saya pelik dengan bentuk pedang itu kerana tidak pernah lihat senjata seperti itu, namun saya pasti ianya adalah senjata yang digunakan pada zaman dahulu kala.

Pada keesokan harinya, Andrew terus membawa keris itu ke muzium untuk mendapatkan kepastian dan maklumat tentang senjata itu.

keris lima

Pegawai Muzium Carmarthenshire, Gavin Evans berkata, beliau telah menghantar gambar keris itu kepada pihak muzium di London, namun masih belum mendapat maklum balas.

keris enam

“Saya belum mendapat apa-apa berita dan maklumat daripada pihak di London, namun daripada pemerhatian awal pihak kami senjata itu berasal daripada Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia di rantau Asia.

“Pada mulanya kami menyangkakan ianya berasal daripada zaman pemerintahan Rom, namun ia memiliki ciri-ciri yang lebih eksotik pada bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat keris itu juga menunjukkan ianya daripada sekitar Asia dan pada zaman dahulu ianya dijadikan senjata utama di Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina,” katanya.

 

keris satu

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s