Kekasaran Dibalas Kekasaran

HAMPIR semua orang waras setuju bahawa: kekasaran tidak sepatutnya dibalas dengan kekasaran. 

Namun pihak yang sekadar menyimpulkan “kekasaran tidak sepatutnya dibalas dengan kekasaran” mungkin lupa bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada latar belakang ceritanya. Dan intensiti latar belakang cerita tadi tidak semestinya sama. Ada yang suhunya kadar-kadar aje, ada yang pertengahan dan ada yang dah sampai kemuncak.

Jadi apa yang tuan-tuan dapat bayangkan tentang intensiti latar belakang peristiwa selepas solat jumaat semalam? Adakah tuan-tuan fikir semua manusia itu sifat sabarnya macam Nabi? Atau bebas dari sifat amarah macam malaikat?

Adakah pihak-pihak yang menyimpulkan kejadian ini dengan kata-kata sedap didengar “kekasaran tidak sepatutnya dibalas dengan kekasaran”, diri mereka itu sedang khayal bercakap dengan malaikat di atas sana, atau sedang bercakap dengan manusia iaitu saya dan tuan-tuan semua?

Mari kita ambil sebuah analogi dan kita kaitkan dengan manusia. Analogi ini tidak terpakai jika dikaitkan dengan malaikat.

Sebiji cerek sedang dipanaskan atas dapur. Dalam selang masa tertentu wiselnya berbunyi menandakan airnya sudah masak. Tuan rumah pun datang menutup pacu dapurnya. Entah macam mana pacu itu rosak, tidak boleh dipusing supaya apinya mati. Dicuba berkali-berkali, namun tetap tak boleh. Selang masa berlalu, apa tuan fikir akan terjadi pada cerek tadi?

Salah satu kemungkinan yang tak dapat ditolak ialah cerek itu akan meletup. Dan sudah tentulah bila meletup wajah cerek itu pun bertukar menjadi buruk.

Tidakkah dalam kejadian yang berlaku semalam sudah ada beberapa orang yang meminta pemandunya untuk bersabar? Namun pujukan supaya bersabar tidak dihirau oleh si pemandu. Malah dia menambahkan lagi kepanasan dengan meluncur ke depan dan ke belakang kenderaannya secara bahaya di tengah orang ramai.

Kesudahannya ia menjadi satu peristiwa yang tidak seronok untuk dikenang oleh kita semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s