Fahami dan Yakini Peranan Malaikat Terhadap Alam, Manusia

Oleh Syah Waliullah Dehlawi
hujjah
(Bab 3 dalam Hujjatullah Al-Balighah ini mengenai hal malaikat. Tajuk yang agak sukar difahami dalam kitab ini. Begitupun, tajuk ini sangat penting dalam memahami syariat dan al-Quran. Tidak ramai ulama yang boleh menulis tajuk ini dan menjelaskan hadis-hadis mengenai malaikat)

Allah taala berfirman:

“Mereka yang menanggung Arasy dan mereka yang di sekitarnya bertasbih memuji Tuhan mereka dan mereka beriman kepada-Nya dan mereka meminta ampun kepada orang beriman:

“Wahai Tuhan kami, Engkau telah limpah setiap sesuatu dengan rahmat dan pengetahuan. Ampunkanlah mereka yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan peliharakanlah mereka daripada azab neraka. Wahai Tuhan kami, masukkan mereka ke syurga yang kekal yang Engkau telah janjikan mereka dan sesiapa yang baik daripada bapa-bapa mereka dan isteri-isteri mereka dan keturunan mereka. Sesungguhnya Engkau yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana. Selamatkan mereka daripada kejahatan dan sesiapa yang Engkau selamatkan daripada kejahatan pada hari itu, sesungguhnya Engkau telah rahmatkan dia dan yang demikian itu kejayaan yang besar.”

Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila Allah Taala telah membuat suatu keputusan di langit, para malaikat memukul sayap mereka sebagai kepatuhan kepada perintah-Nya seolah-olah bunyi rantai yang dipukul pada batu. Dan setelah hilang kejutan di hati mereka, mereka bertanya-tanyaan: “Apakah perintah Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Kebenaran, Ia Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Pada satu riwayat lain:

“Apabila Allah membuat suatu keputusan, para malaikat yang menanggung Arasy mengucap tasbih, kemudian penghuni langit yang mengiringi mereka pula mengucap tasbih sehingga tasbih itu sampai kepada penghuni langit dunia ini. Kemudian berkatalah malaikat-malaikat yang mengiringi para malaikat yang menanggung Arasy: “Apakah perintah Tuhan kamu?” mereka diminta diberitakan mereka apakah perintah Allah. Lalu sebahagian penghuni langit saling meminta berita sehingga berita itu sampai kepada penghuni langit ini.”

Nabi s.a.w. bersabda:

“Aku bangun pada sebahagian malam, lalu aku berwudud dan sembahyang sekadar kemampuanku. Kemudian aku mengantuk di dalam sembahyangku sehingga aku hampir terlelap. Tiba-tiba aku berada di samping Tuhan-ku yang Maha Berkat dan Maha Tinggi dalam keadaan rupa yang paling cantik. Lalu Allah berfirman: “Wahai Muhammad !” Aku menyahut: “Saya sedia menunggu perintah Engkau wahai Tuhan-ku”. Allah berfirman: “Perkara apakah Malail A’la sedang berbincang?” Aku menjawab: “Aku tidak tahu.” Allah bertanya sebanyak tiga kali. Nabi s.a.w. bersabda: “Aku lihat Allah meletakkan tapak tangannya di antara dua belikatku sehingga aku rasa kesejukan anak jari-jari-Nya menyentuh tetekku. Lalu Allah melahirkan kepadaku setiap sesuatu dan aku pun faham.

Allah berfirman: “Wahai Muhammad!” Aku menjawab: “saya sedia menunggu perintah Engkau wahai Tuhan-ku.” Allah berfirman: “Perkara apakah malaikat sedang berbincang?” Aku menjawab: “Mengenai kaffarat”. Allah berfirman: “Apakah itu kaffarat”. Aku menjawab: “Berjalan menuju kepada jemaah dan duduk di masjid-masjid selepas sembahyang, meratakan wuduk sewaktu kebencian.” Allah berfirman: “Kemudian pada perkara apa?” Nabi menjawab: “Mengenai darjat.” Allah berfirman: “Apa itu darjat?” Aku menjawab: “Menjamu makanan, bercakap dengan lembut, sembahyang malam semasa manusia nyenyak tidur.”

Nabi s.a.w. bersabda:

“Bahawa apabila Allah mengasihi seseorang hamba, Dia memanggil Jibril dan memberitahu: “Aku kasih si anu, hendaklah kamu mengasihinya.” Nabi s.a.w. bersabda: “Maka Jibril pun mengasihinya.” Kemudian diseru kepada pihak langgit. Penyeru berkata: “Sesungguhnya Allah mengasihi si anu, hendaklah kamu semua mengasihinya.” Maka ia dikasihi oleh penghuni langgit, kemudian ia diterima di bumi. Apabila Allah murkakan si anu, hendaklah kamu murkakanya.” Nabi bersabda: “Lalu Jibril murkakanya.” Kemudian diseru kepada penghuni langit bahawa Allah murkakan si anu, hendaklah kamu murkakannya. Kemudian dimarah di bumi.”

Nabi s.a.w. bersabda lagi:

“Malaikat berdoa kepada seseorang kamu selama ia berada di tempat duduknya yang ia sembahyang di situ. Para malaikat berdoa: “Wahai Allah! Kasihanilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama ia tidak membuat perkara yang menyakiti di situ dan selama ia tidak berhadas di situ”.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Tiada hari hamba berpagi padanya melainkan dua malaikat turun; salah seorang daripada mereka berkata: “Wahai Allah! Berilah kepada yang membelanja itu gantinya”.

Dan berkata yang seorang lagi: “Wahai Tuhan! Berilah kepada yang bakhil itu kebinasaan”.

Allah mempunyai malaikat-malaikat utama yang mendampingi-Nya. Mereka sentiasa berdoa untuk orang yang berusaha memperbaiki masyarakat dan membersih dirinya. Doa mereka menurunkan berkat. Mereka mengutuk penentang Allah yang membuat keburukan. Kutukan mereka: Menyebabkan jiwa penentang mengeluh dan menyesal. Menimbulkan pelbagai ilham kepada Malail safil supaya mengutuk supaya mengutuk orang jahat itu dan bertindak buruk terhadapnya semasa dia hidup atau selepas mati.

Malail Safil adalah utusan-utusan Allah kepada manusia,. Mereka ilhamkan ke dalam hati manusia pelbagai ilham dan lintasan yang baik mengikut sebab tertentu. Mereka berhimpun dalam majlis mengikut kehendak Allah. Pada masa itu mereka dinamakan Nadial A’la (Majlis tertinggi atau Al-Rafidah al A’la atau Malail A’la). Roh orang yang utama masuk dan menghubungi mereka. Itulah maksud firman Allah:
“Wahai jiwa yang tenang; kembalilah kepada Tuhan-mu dalam keadaan reda dan diredai. Kemudian masuklah di kalangan hamba-Ku dan syurga-Ku”. (Quran: 83: 27,28,29 dan 30)
gua_thur
Nabi s.a.w. bersabda:

“ Aku nampak Jaafar bin Abu Talib sebagai malaikat sedang terbang dengan dua sayap di dalam syurga bersama-sama malaikat”.

Dalam Majlis Tertinggi itu di turunkan urusan yang ditetapkan seperti diisyaratkan pada firman-Nya:
“Padanya diagihkan setiap urusan yang berhikmat.” (Quran: 44:4).

Di sana juga ditetapkan syariat-syariat yang akan diturunkan dalam bentuk tertentu.

Ada tiga kategori Malail A’la.

Pertama, Allah mengetahui sistem yang baik mesti ditaklifkan ke atas mereka. Maka Allah jadikan jisim cahaya yang menepati api Musa. Lalu ditiup ke dalam jisim itu jiwa-jiwa yang mulia.

Kedua, wap yang lembut terjadi secara kebetulan daripada kepananasan unsur alam yang memaksa limpahan jiwa-jiwa mendesak kuat untuk menolak kekotoran sifat haiwan.

Ketiga, terdiri daripada jiwa manusia yang hampir sumbernya kepada Malail A’la. Mereka bertindak berterusan membebaskan diri daripada tawanan sifat haiwan yang menghubungi mereka sehingga mati. Mereka memasuki kumpulan malaikat.

Tugas Malail A’la tertumpu kepada Allah secara mendalam yang menghalangnya dari berpaling kepada sesuatu. Itulah maksud firman Allah Taala:

“Mereka tunduk memuji Pencipta mereka dan beriman dengan-Nya”.(Quran: 40: 7)

“Mereka memohon ampun terhadap orang yang beriman.” (Quran 40:7).

Cahaya Malail A’la yang utama berhimpun dan bercampur di sisi roh orang yang disifatkan oleh Nabi s.a.w. sebagai wajah dan lisan yang banyak. Maka di sana terjadi satu gabungan yang dinamakan Hadiratul Qudus.

Kadang-kadang terdapat di Hadiratul Qudus keazaman menjalankan satu helah untuk menyelamatkan manusia daripada bala di dunia dan di akhirat dengan menyempurnakan tugas di kalangan manusia oleh seorang yang paling pintar pada masa itu.

Itu memasukkan pelbagai ilham ke dalam hati pengikut seorang yang pintar itu sebagai satu umat yang dilahirkan untuk berbakti kepada manusia dan memastikan pelbagai ilmu tergambar di hatinya untuk memperbaiki kaum dan memimpin mereka dengan wahyu atau mimpi atau mendengar suara dan saling melihat. Maka dia bercakap dengannya dan membantu kekasihnya dan mendorong mereka kepada kebaikan, mengutuk mereka yang menentang jalan Allah dan dihampirkan kesusahan.

Inilah satu perinsip kenabian. Keazaman mereka yang berterusan dibantu dengan Ruhul Qudus yang mendatangkan keberkatan “disana” yang tidak pernah dilihat. Itulah yang dinamakan mukjizat.

Malail A’la yang kurang daripada mereka ialah jiwa-jiwa yang memastikan limpahan nya menghasilkan campuran wap yang sederhana lembut. Kebahagian mereka tidak setanding dengan dua kategori yang pertama.

Mereka menunggu renjisan daripada pihak “atas”.

Apabila berlaku renjisan mengikut persedian penerima dan kesan pembuat, maka mereka terdorong ke arah itu, seperti burung dan haiwan terdorong ke arah seruan hati.

Semasa menunggu renjisan itu kepentingan diri mekeka hilang.

Mereka kekal dengan ilham daripada pihak atas dan meninggalkan kesan di hati manusia dan haiwan.

Maka iradat dan bisikan jiwanya menjadi perkara yang sesuai dengan kehendak Allah yang memberi kesan kepada perkara tabii dengan pergerakan dan perubahan yang berganda. Misalnya kesan malaikat yang mulia kepada batu yang bergolek, maka batu itu bergolek di bumi lebih jauh daripada kebiasaan.

Kadang-kadang nelayan merentang jaring dalam sungai. Lalu kumpulan malaikat mengilhamkan kepada sebahagian ikan melanggar jaring dan sebahagian lagi terlepas. Jaring menjadi kusut dan jaring yang satu lagi terbuka. Kumpulan malaikat itu tidak mengerti sebab mereka berbuat demikian, tetapi mereka mengikut perkara yang diilhamkan.

Dua kumpulan berperang. Malaikat menambahkan keberanian dan ketabahan hati satu kumpulan melalui bisikan jiwa dan khayalan mengikut kehendak suasana. Mereka ilhamkan tipu daya dan kemenangan, dan menyokong tentera yang melontar dan sebagainya. Hati kumpulan kedua diilhamkan sebaliknya supaya tercapai urusan yang ditetapkan oleh Allah.

Kadang-kadang malaikat merenjis cacian ke jiwa manusia atau memberi nikmat kepadanya. Malaikat berusaha gigih dan pergi ke setiap sudut. Malaikat yang setanding dengan malaikat itu ialah malaikat yang kurang darjatnya, cepat berkembang, mempunyai pendapat yang berlawanan dengan kebaikan. Mereka dilahir untuk melakukan kerosakan. Mereka adalah syaitan yang sentiasa menghalang usaha malaikat.

BAB 3 (Jilid 1): Hujjatullah Al-Balighah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s