Yuran IPTA Akan Naik 200 Peratus Mulai Kemasukan September ini ?

DALAM keghairahan masyarakat luar kampus bercakap mengenai teka-teki tarikh pilihan raya, khabarnya beberapa IPTA pula diam-diam berhasrat menaikkan kadar yuran sehingga 200 peratus.

Menurut sumber IPTA, kenaikan itu terpaksa dilakukan bagi menampung sumber kewangan IPTA yang semakin tenat kerana kerajaan telah mengurangkan pemberian peruntukan kepada IPTA sehingga sesetengah universiti sampai 70 peratus.

Katanya, ianya sepatutnya telah dilakukan beberapa semester yang lalu, tetapi ditangguhkan atas pelbagai sebab.

“Hampir kesemua IPTA mempunyai hasrat tersebut, cuma mereka ingin melihat IPTA yang mana dahulu yang akan mengisytiharkan kenaikan tersebut serta berapa banyak yang akan dinaikkan. Malah, kenaikan hampir pasti dilakukan pada kemasukan semester akan datang, yang bermakna pada kemasukan September 2017.

Sekiranya ini berlaku, IPTA berkenaan kelihatan tidak sensitif dengan tarikh pilihan raya akan datang.

“Langkah ini akan menyelamatkan IPTA daripada beban kewangan, tetapi akan menjauhkan anak-anak muda di universiti yang sebahagian besarnya pengundi kepada Barisan Nasional,” katanya.

Apakah kenaikan sebesar itu, sekiranya benar telah dimaklumkan dan mendapat restu dari Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh belum boleh dipastikan.

Tidak perlu pakar sains sosial bergelar profesor untuk menebak apakah reaksi yang akan ditunjukkan oleh para pelajar IPTA yang terlibat samada di peringkat ijazah mahupun pasca ijazah dengan berita kenaikan tiga kali ganda ini.

“Yang pasti, separuh dari pelajar degree sudah boleh mengundi, manakala Seratus peratus pelajar pasca degree layak menjadi penentu kepada kerajaaan mana yang akan memerintah selepas PRU ke 14 akan datang”

“Pelbagai spekulasi boleh dibuat, namun agak pelik sekiranya dalam suasana pemerintah sangat aktif melakukan tour berkempen ke seluruh negara untuk mempromosikan pelbagai agenda feeling good kepada warga sekarang ini, kenaikan ini sekiranya terjadi seakan-akan membelakangkan usaha keras pemerintah,” katanya.

Advertisements

One thought on “Yuran IPTA Akan Naik 200 Peratus Mulai Kemasukan September ini ?

  1. Pingback: Kenaikan 200% Yuran IPTA September Ini Tidak Benar | MediaLantang.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s