Fasha Sandha Dihalau Dari Majlis Fesyen

DUNIA hiburan hari ini digemparkan dengan persoalan siapakah yang didakwa menghalau Fasha Sandha sehingga pelakon cantik itu meluahkan perasaan di Instagramnya.

Dalam satu kapsyen yang dimuat naik pelakon itu, Fasha mendakwa dia telah ‘dihalau’ daripada sebuah majlis pertunjukan fesyen sebuah syarikat tekstil terkemuka malam tadi.

Dakwanya, seorang artis akan menarik diri daripada pertunjukan fesyen tersebut sekiranya pelakon itu hadir ke majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini.

“Ya saya seorang ibu tunggal dan ada ‘kuasa luar biasa’. Tetapi sekuat mana pun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam. Pihak pengurusan Jakel memberitahu saya bahawa satu jenama artis lain yang turut ada dalam majlis tersebut akan menarik diri jika saya hadir.

“Saya dengan rela hati sudah bersedia untuk balik untuk mengelakkan masalah dan menghormati majlis. Tetapi saya telah dipujuk oleh rakan-rakan untuk bersikap profesional.

“Selepas 15 minit, pihak pengurusan meminta maaf dan pihak pengurusan jenama artis tersebut sudah menukar fikiran serta membenarkan saya hadir ke majlis itu. Saya benar-benar celaru dan kusut,” katanya dalam kapsyen tersebut.

Malah dalam kapsyen itu juga, biarpun Fasha meluahkan rasa kecewa namun dia tetap mendoakan agar artis tersebut sentiasa bahagia dan mencapai kejayaan dalam perniagaannya.

“Semalam awak cuba memalukan orang, cuba menghalau orang daripada majlis. Awak rasa dengan nama dan kekayaan yang ada, awak boleh sesuka hati menghalau orang daripada majlis yang bukan kepunyaan awak.

“Saya akan ingat peristiwa ini sampai mati dan mendoakan awak cepat sembuh dari penyakit awak. Saya juga mendoakan awak bahagia selalu dan jenama awak sukses.

“Bersihkan dalaman agar awak betul-betul gembira dengan kehidupan awak. Bukanlah hanya kepura-puraan. Ingat ya, saya sedar diri dan bersedia untuk balik. Tetapi kerana profesional, saya gagahkan diri,” kata Fasha dalam kapsyenya itu.- UTUSAN ONLINE. 12/5/17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s