Harga Petro Turun: Stesyen Minyak Mula Ugut Nak Tutup Kedai

PENURUNAN harga minyak dalam tempoh tiga minggu terakhir ini menyebabkan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian sehingga ada yang mungkin terpaksa mengambil keputusan menamatkan perniagaan.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz ketika menjelaskan kepada China Press, pengusaha stesen minyak biasanya menjual minyak petrol dan diesel mengikut kadar harga pembelian.

“Namun masalah yang berlaku kepada pengusaha stesen minyak pada hari ini ialah stok lama yang dibeli mereka dengan harga lebih tinggi perlu dijual harga murah apabila harga diturunkan.

“Adalah mustahil bagi sesebuah stesen minyak dapat menghabiskan bekalan stok lama dalam tempoh beberapa hari. Secara purata, RON95 memerlukan empat hingga lima hari untuk dijual sehingga habis, manakala RON97 memerlukan masa lebih daripada seminggu,” katanya.

Menurut Khairul Annuar, sekiranya harga minyak dan diesel menurun secara berterusan, ini bermakna pengusaha stesen minyak terpaksa menanggung perbezaan harga antara masa pembelian dan penjualan kepada pengguna.

Dalam pada itu, seorang pengusaha stesen minyak memberitahu, apabila harga minyak terus menurun dan ditambah pula ketidakstabilan harga minyak dunia, ia akan menyaksikan lebih banyak stesen minyak sukar meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

“Bagi jualan minyak, kadar keuntungan yang diperoleh hanyalah lebih kurang 10 sen untuk setiap liter manakala diesel pula ialah enam sen untuk setiap liter. Sama ada harga naik atau jatuh, kadar keuntungan ini tetap kekal sampai bila-bila.

“Sekiranya harga minyak jatuh, selain terpaksa tanggung kos operasi, semua pengusaha stesen minyak juga tertekan dengan kerugian yang dialami akibat perbezaan harga ketika pembelian dengan penjualan kepada pengguna,” katanya.

Mengenai promosi memberi diskaun kepada pengguna, beliau berkata, semua pengusaha stesen minyak wajib membuat permohonan awal kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kelulusan.

“Proses mendapatkan kelulusan mengadakan promosi diskaun daripada kementerian tentunya memakan masa. Harga minyak berbeza-beza setiap minggu, macam mana nak buat promosi bila kerajaan lambat meluluskannya?,” soalnya. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s