Tiba-Tiba Permainan Fidget Spinner Jadi Kegilaan

Gajet ‘fidget spinner’ tiba-tiba menjadi kegilaan kanak-kanak kini.

Harganya di pasar malam kini sekitar RM15 hingga RM50 bergantung kepada kualiti buatan produk itu.

Malah, kegilaan itu sudah sampai ke pejabat Menteri.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Hal Ehwal Pengguna berkata, alat yang asalnya dicipta untuk mengatasi Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) itu perlu diperiksa Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

“Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara,” katanya seperti dilapor portal Berita Harian.

“Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih diperingkat persefahaman dan dijangka akan mula beroperasi secepat mungkin.”

Wujud kebimbangan alat itu yang kini mula menjadi ‘trend’ permainan generasi muda diubah suai menjadi produk berbahaya sehingga boleh mendatang kecederaan, malah boleh dieksploitasi sebagai senjata jenayah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s