Zalimnya Kerajaan Selangor: Robohkan Gerai Peniaga Yang Dibina Sejak 30 Tahun

SERAMAI 15 peniaga Me­layu di Kampung Tok Muda, Kapar di Klang kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana menutup periuk nasi mereka dengan merobohkan gerai mereka yang dibina sejak 30 tahun lalu.

Lebih malang, kerja-kerja pe­robohan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang itu difahamkan dibuat sebaik sahaja para peniaga di kawasan itu menerima notis dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Malah, tindakan itu didakwa dilakukan selepas PTD daerah itu setelah menerima arahan daripada pihak-pihak tertentu dalam kerajaan negeri yang mungkin berkait rapat dengan sentimen politik kepartian.

Salah seorang peniaga, Shahar Hasbun, 55, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka sumber rezekinya sejak 30 tahun lalu hilang begitu sahaja hari ini akibat tindakan kerajaan negeri merobohkan gerainya bersama-sama 14 lagi peniaga Melayu di kawasan itu.

“Ketika kejadian, saya sedang berniaga makanan. Bagaimanapun, tanpa sebarang notis mahupun perbincangan, tiba-tiba datang pihak penguat kuasa dan menyuruh saya mengemas barang-barang kerana mahu merobohkan gerai.

“Inikah yang dinamakan negeri berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)? Kerajaan negeri kata nak bantu rakyat tingkatkan pendapatan, tetapi ini pula yang jadinya…saya nak dapatkan RM300 sebulan pun susah, terpaksa bekerja keras dan gerai ini sahajalah yang saya ada,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Hapipah Sharif, 54, mempersoalkan tindakan pe­robohan yang dianggapnya satu penganiayaan, selain menyatakan majoriti yang berniaga di kawasan itu terdiri daripada golongan wanita yang mencari rezeki demi menyara keluarga.

Malah katanya, kebanyakan daripada peniaga itu memulakan perniagaan gerai mereka melalui pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan perlu membayar ansuran pinjaman di antara RM300 hingga RM800 seminggu.

“Hanya dengan cara berniaga sahaja menjadi punca pendapatan kami semua membesarkan anak-anak dan menghantar mereka ke sekolah. Jangan disebabkan hasad dengki dan perbezaan politik rakyat menjadi mangsa,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Pegawai Daerah dan Tanah Klang, Mohd. Zainal Mohd. Nor ketika dihubungi mengesahkan tindakan perobohan itu dilakukan oleh pihaknya setelah menerima adu­an daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mendakwa struktur gerai di kawasan itu mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan parit.

“Gerai terbabit terletak di atas tanah rizab parit dan menghalang jentera-jentera JPS untuk me­lakukan penyelenggaraan parit. Perkara ini telah lama berlarutan sehingga sampai ke tahap JPS tidak lagi boleh beralah.

“Malah, notis perobohan juga telah dihantar para peniaga sejak hujung tahun lalu,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Shahrum Mohd. Sharif berkata, pihaknya membantah tindakan perobohan gerai itu yang dianggapnya sebagai zalim, selain tidak mengambil kira kesusahan para peniaga yang terlibat.

Tegasnya, sebarang tindakan perobohan haruslah melalui menerusi rundingan dengan para peniaga yang terlibat terlebih dahulu termasuklah mengambil kira kos yang ditanggung para peniaga akibat hilang punca pendapatan lebih-lebih lagi menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. – Utusan 11/5/17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s